Friday, 23 November 2012

Puihh~

 
 
                                         DSC_9159

Aku tak suka dinilai oleh orang yg terdekat dengan aku. Aku tahu by now korang dah mcm mcm judgement jatuhkan dekat aku based on entry entry lampau.Seriously aku tak kisah pun dengan semua andaian korang. Sikit tak kisah. Tapi aku ada satu tabiat bila aku dpt tahu orang yg aku tak berapa suka atau orang yang terlampau suka baca blog aku, I stop being myself. Sebab? Takut kena judge. Sebab tu aku tak suka nak ckp kat orang tersayang, 'Eh baca lah my blog, I ada post pasal you'. Aku lebih suka aku tulis apa aku suka dan assume takde orang pun baca, supaya senang hati. Tapi bila ada orang datang, 'Hey, I read your blog *thumbsup*' haa pengsan aku. Boleh tak kalau dah baca korang just diam diam je. Tak yah bagitahu korang baca, nnt aku malu. Kalau nk jugak bagitahu boleh lepas tu jgn ejek ke apa. Sebab tu aku jarang letak link blog kat twitter ke kat facebook pun zaman dulu je letak. Pada aku biar apa yg aku blog, walau macam mana aku harap aku ada pembaca setia, biar lah aku tak tahu siapa. Dan biarlah orang terdekat aku tak baca dan tak ambil port sgt dgn apa yg aku tulis ni hehehe. Lagipun apa yg aku tulis kat blog ni luahan hati aku. Bukannya tempat aku nak tulis tentang kenangan manis tentang seseorang dan sibuk canang cerita kebahagiaan tu semua. Aku tulis sebab aku suka tulis. Bila aku tulis aku rindu bff aku ke, aku harap dia akan baca tanpa perlu aku suruh dia bukak blog aku. Ni dah update kau lagi mau suruh dia bukak blog kau, tak malu ke? Dia nak baca dia baca, taknak baca sudah ah. Korang pun kalau tak baca blog aku tak apa lah, bukan nya aku benci korang pun. Hmm ni dah panjang sgt ni luahan hati. Well aku rasa lepas ni makan bertambah ah silent readers.

No comments:

Post a Comment

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.