Thursday, 20 December 2012

I Need Someone To Tell ...



Assalamualaikum. Hoi hoi hoi. Lama tak jumpa? Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Lately, ni aku busy. Yes aku memang forever busy. lol. Takde lah busy sangat but kadang2 entry pendek sgt. Even aku sendiri tak tau ape yg aku buat sampai busy cenggini. Plus dengan mood nak online or update blog makin lama makin kurang. OMG what should I do?

Aku confius betul lah. Apetah masalah aku sampai semua benda aku tak sempat buat. Aku takde lah buat kerja rumah sangat. Kerja sekolah tu ada lah jugak. Tapi seriously aku langsung tak study. Aku tak tau ape nak jadi dengan aku. Hmm aku rasa kejadian tu buat aku rasa takde semangat. But bila aku fikir balik, aku takut.

Jangan tanya kejadian apa sebab aku tak kan begitau sesiapa. Never ! Bila aku fikir pasal benda tu aku rasa nak jerit nak nangis nak lari nak duduk and nak terbang. Aku nak pergi holiday. Yes, tu yang aku nak. Aku memang dah lama gila tak holiday. Kalau setakat balik kampung or jalan-jalan aku tak nak! Aku nak pergi pantai, pergi swimming pool or maybe pergi habiskan duit? That's me.

Aku rasa diri aku teruk sangat bila aku tak study. Aku rasa diri aku teruk bila aku tak boleh kawal diri aku dari marah. Aku akan rasa bersalah. Aku nak mintak maaf tapi aku tak tau macam mana. Hati aku penuh. Sesak. Tapi otak aku kosong.

Sorry to say kalau entry ni agak bosan and korunk rasa tak perlu publish. Tapi aku rasa aku perlukan someone untuk aku luahkan semuanya. Masalahnya aku tak tau siapa. Aku malu. Aku malu. Aku tak nak luahkan kat family aku sebab aku rasa dorunk tak patut tahu benda ni.

Aku nak cerita dekat kawan aku. Tapi siapa yang paling sesuai? Aku takut. Aku takut ada yang salah faham and kecil hati bila aku tak bagitau dorunk jugak. Aku takut. InsyaAllah aku harap one fine day aku akan cuba luahkan semuanya.

Actually cara terbaik ialah menjerit. Aku pernah menjerit sekuat hati. Tapi parents aku marah. Dorunk marah aku jerit. Lepas tu aku dah tak nak jerit. Aku rasa aku perlukan tempat sunyi and takde orang so aku boleh jerit puas puas.

Aku aku aku aku. Aku malas buat semua benda yang aku patut perlu mesti wajib sunat buat. Aku lengahkan aku lewatkan aku lambatkan. Aku buat semua benda slow. Semangat aku hilang. Aku tak tau kenapa. Maybe aku tak suka cara family aku descibe aku. Aku tak suka. Tolong lah.

Tolong jangan cakap aku jenis orang yang macam tu. Aku rasa langsung tak dihargai. Semua orang ada kelebihan and kelemahan tersendiri. So aku nak orang terima kelebihan and kelemahan aku. Terima kebaikan and keburukkan aku. Nobody perfect in the world.

Aku tak suka bila orang puji aku and aku tak tau nak reply apa. Serious aku tak suka. Sebab aku akan rasa tak selesa and bersalah. Orang akan rasa aku berlagak. Semua tu boleh jadi. Aku tak tau nak buat apa.
Bila aku belajar. Aku try harder nak belajar lama. Tapi aku tak mampu. Aku rasa bosan boring bored.

Aku tak tau lah. But umi keep saying belajarlah . I know it. Aku bukannya tak tau fakta tu. Kadang-kadang aku rasa susah betul nak jadi kakak. Kena start semuanya dulu like ak ni bukan reti sangat berfesyen . Nak kena pandai masaklah . Orang dulu-dulu kata 'Berlajar tinggi-tinggi mana pun tak guna , last-last ke dapur jugak'. Yea , memang betul . I guestt

Aku sendiri ada target aku. Aku bukannya orang yang no point. Bila aku cakap aku dah study or baca buku umi mesti cakap bila? umi tak nampak pun. Tak kan lah aku nak baca depan umi aku kan? Tak kan aku nak baca depan tv dekat ruang tamu? Itu bukan belajar. Aku jenis yang tak boleh belajar dalam keadaan bising and ramai orang. Nanti aku rimas and hilang focus.

Aku tak suka bila aku study semua sebuk masuk bilik study aku then menyibuk. Tanya aku macam macam soalan. Usik buku aku. Tengok aku belajar. Duduk sebelah aku. Sentuh pencil box aku. Sentuh alat tulis aku. Aku tak boleh. Aku jenis cepat rimas.

And lagi satu benda aku paling benci. Bila orang menjahanamkan barang aku. Lagi lagi alat tulis. Adik aku selalu sentuh benda peribadi aku. Aku benci. Aku benci bila barang aku dialihkan. Aku benci bila barang aku hilang. Aku benci bila barang aku rosak. And benda tu terjadi bukan sebab aku. Sebab orang lain.

Aku tak boleh terima bila barang yang kawan aku bagi lesap macam tu je. Aku tak suka tengok meja belajar aku bersepah. Aku tak suka orang bukak laci meja belajar aku. Aku nak kan privasi.

Bila dekat sekolah aku tak suka bila semua yang aku buat orang akan tiru or ikut. Aku benci. Aku rimas. Every second mesti ke ada orang berkepit dengan aku. Sometimes, aku kena bersendirian jugak. I'm wanna be free. F.R.E.E.

By the way, aku tak suka orang yang selfish. Tapi aku selfish. Mwehehe :3 Aku just selfish denga family aku. Tapi dengan kawan aku, aku langsung tak lokek. Asalkan jangan mintak benda yang aku sayang and aku suka or benda yang aku rasa susah nak dapat atau lebih tepat mahal.

Aku rasa dah melebih entry ni. Entry luah perasaan. haha. Poyo gila. Kbye Assalamualaikum.

1 comment:

  1. as-salam..
    maaf lamabt singgah sini..
    ciksu bercuti :D

    salam kenal yer dik ;D

    ReplyDelete

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.