Sunday, 16 December 2012

Yea , its true~



Tak semua rakan adalah kawan kita.
Tak semua kawan adalah rakan kita.


Ramai yang kata, susah nak cari kawan sekarang ni. Main tikam-tikam belakang tu  biasa. Kalau yang ambil kesempatan atas kebaikan ak , lagi la ramai.

Selalu juga dengar orang kata, susah nak cari kawan yang sama-sama masa susah. Masa senang je dia nak baik-baik dengan kita.Lepas tu ramai yang kata, kita kena memilih dalam berkawan ni. Terutamanya perempuan. Sebab ramai yang'drama queen'
Tapi kalau kita takde kawan? Tak seronoknya hidup ni...Tak semua rakan adalah kawan kita.
Tak semua kawan adalah rakan kita.

Walau selama mana pun kita berkawan dengan seseorang,bukan bermakna dia adalah kawan yang betul - betul di panggil kawan

Hari tu ak terbaca, entah dari mana sumbernya ak tak berapa ingat. Tapi dia kata ...

"You can be apart from your Best friend without hearing anything from him/ her for years, but once you meet each other, you can talk for hours!
-That is what we call Best Friend"

Kadang-kadang ak terfikir jugak..Kalau kawan kita tak mesej tanya khabar, tak bertegur sapa kat facebook, blog ataupun mana-mana medium lain..Dia dah lupa kita ke? Dia dah sombong ke dia sekarang?

Tak mungkin. Tak mungkin kawan itu boleh diukur dengan tidak bertegur sapa, bertelefon dan bersms dengan ..kan?

FRIENDS FOREVER!

Banyak kali being talk by kawan. Tapi banyak kali juga janji ni tak sampai. Tamat sekolah rendah, bertemu kawan baru di sekolah menengah. Berkawan rapat dengan kawan baru di sekolah menengah. Kemudian universiti. Hingga ke alam pekerjaan. Roda kehidupan memang begitu. Dibawanya kita melalui putaran yang sama. Di setiap tempat kita berpindah, di situlah persahabatan bermula sekali lagi. Dan akhirnya janji "Friends Forever" terkubur saat perjuangan di tempat itu selesai. Ada pengakhiran di situ.

Facebook pula datang,  boleh mengeratkan silaturrahimlhaa *kononnya*. Tapi mungkin kita tak sedar. Facebook is for friends that are now strangers. Tegur  kawan lama "Salam..miss u.." dibalas dengan kata yang sama, turut diselitkan elemen-elemen 'excited' gitu xD such as "waaa..lamanya tak jumpa!!" Kemudian berakhir kat situ. Mcm tu jea . Ada jugak yang menambah "InsyaAllah, nanti kita jumpa" Lepastu kemudian , takde sebarang 'perancangan' pun untuk jumpa. Hmm . Just bagi dia gembira je chatting dengan ak. Cukup, setakat itu je. Juga ada pengakhiran kat situ.

Hmm..Even facebook couldn't justify the term "Friends Forever". Apatah lagi sms, dan telefon. Semuanya terbatas. Semuanya ada pengakhiran.

Jadi apa boleh kita buat? Semua pun tak boleh! Semua ada pengakhiran! Apa pun tak boleh ~

Ada. Kita kan boleh sayang kawan kita dari jauh? Persahabatan itu bukannya diukur dengan jumlah kita saling berhubung kan? Tapi macam mana nak buktikan kalau sayang cuma dari jauh je? boleh ke sayang dari jauh?

Boleh sangat-sangat. Sedangkan Uwais Al-Qarni yang tak pernah bertemu Rasulullah pun begitu mendalam cintanya pada Rasulullah. Apatah lagi kita yang sudahpun bertemu?

Sayang dari jauh. Sayang tanpa bersyarat. Tanpa perlu bermasam-masam muka. Tanpa perlu "Masa susah baru nak cari!". Tidak perlu itu semua. Betapa pengasihnya Allah SWT, dikurniakanNya kepada kita satu medium yang mampu menghubungkan hubungan hati antara kawan lebih pantas dari internet.


"Selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah adalah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

- Saidina Ali

No comments:

Post a Comment

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.