Monday, 16 January 2012

Buntu

Can somebody help me!!!...kpala ak mmg buntu saat nie...sama ada kalu dpat tawaran nanti nak ACCEPT atau REJECT...Arggh,mmg banyak kebaikan pergi asrama...dan banyak juga keburukannya...(tahu tahu je la ye)..dan sekolah biasa pun ada kebaikannya dan keburukannyaa..tiap malam ak brfikir psal benda nieh..kpala ak bertambah pening..Haishh,x tahulah!!!

Sunday, 15 January 2012

Surat..

Hmm..apa yang ak runsingkan sebenarnya..ialah surat tawaran ke asrama tu akan smpai x lama lagi ak tak lama lagi..perasaan ak bercampur baur..ak takut kalau dapat...ok apapun ak serahkan sumuanya kepada Allah biar dia yang menentukan apa yang terbaik untuk diri ak...beratnya rasa hati nak tnggalkan BFF ak Nira dan banyak lagi kat sana..dan juga sklah ss17..apa-apapun ak takkan lupakan korang kat sana ye..don't worry :).. kpada korang doakan ak yg terbaik ye...:)

Cerita

Semenjak 2 menjak...blog ak jadi cacat nieh..ak bnyak ketinggalan cerita yang nak ditulis.sorry :(..skarang dah ok..:)..klau dah ada apa2 nanti ak cite lagi ye...:)

Monday, 9 January 2012

Alhamdullilah :)

Msa hari sbtu hari tu ak dpat sumbangan UPSR...hdiahnye jeng3...duit je...hehe..:)..dkat RM 100 jgk laaa..sbnarnya RM 90 je..saje kelentong...:D..sape yang dapat 5A baru dapat RM 100..bestnya aizyrul farish..blik tu apalagi ak beli top up RM10 dengan beli air je...x nak laa boros sangat...selebihnya tu ak simpan..rmai jgk yg ak knal kat sana..sepatutnya banyak orang dpat 3 A tapi ckgu tukarkan dengan 4A 1B bkan ap x nak laa mlu sangat sekolah lain banyak 5 A dan 4A 1B..hmm,x pelaa..atleast bilangan bertambah banyak dripada 2 orang je..btul x?..

Friday, 6 January 2012

Bila

ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..
ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..
...
ツ Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥

Muhasabah Diri..

Muhasabah diri:
✿Jika kita marah-TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
✿Jika kita bingung-KLIK doa agar tenang hati.
✿Jika kita dipuji-RELOAD syukur supaya tidak alpa
✿Jika kita gagal-DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
...
... ...

✿Jika kita kecewa- RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
✿Jika kita berdosa-UNDO perangai itu dn bersolat taubat.
✿Jika kita berdendam-DELETE buruk sangka supaya bersih hati
✿Jika kita berbohong-BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
✿Jika kita buat maksiat-REGISTER SOFTWARE sikap baru dan taubat nasuha
sentiasalah menuju ke arah kebaikan.. selamat beramal.. (^_^

Tutup aurat vs Buka Aurat

BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup – lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.

BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.

Thursday, 5 January 2012

First and second day at SMK SS17..

FIRST DAY
First day ofcozlah ada tkut2 skit
...hari pertama pun dah penat..>,<..ni baru hari pertama blum kedua dan seterusnya..pastu kena duduk kat dewan..(orentasi)..duduk punyalah lama..berjam-jam mendengar ceramah..lama gila..ceh,padahal dari pkul 5.00 sampai 6.50...mmg lah nmpak x lama tapi mmg lenguh kaki ak nieh..blik tu mmg ak penat x terkata..agaknya sekolah menengah memang mcm ni..pstu guru klas ak bagi borang untuk di isi oleh ibu bapa..tapi bkan tu yg ak nk cite..ckgu sruh ak bagi borang kat bdak lelaki kelas ak sbb dia x nampak banyak sangat orang..ak pn kata 'ok'..masa tu x de pluang nak bagi kat diorang dengan orang rmai (dalam dewan)..lpastu bunyi 'kring...kring' diorang(budak lelaki klas ak) trus balik..ak dah laa..x sempat nak bagi borang tu...~Hbislah ak bsok kena marah dngan cikgu..~ >.<

SECOND DAY
Second day dah biasa skit..
...ak tertidur dan terjaga pkul 12..dah laa kena tnguu bas pkul 11.45..mmng panic x terkata msa tu..pastu mak sara tepon ak..nsib baik blum tertinggal bas lagi..ak apalagi terus tukar baju..dengan kelam kabutnya..nsib baik sempat..walaupun sedikit lega x tertinggal bas ak terlupa bawak file dlam tu dah laa ada borang..cuai btul ak ni..-,-..smpai skolah ak jmpa guru klas ak..ak terus bagitau dripada dia marah..perggh,nasib baik dia x mrah..alhamdullilah...~mudah-mudahan ak x lupa lagi bawak FILE besok dan x tertidur..~amin~

Tuesday, 3 January 2012

Ombak Rindu

Teringin nak tengok..

http://4.bp.blogspot.com/-C-VOQhcIioY/TsDF3Ko1v2I/AAAAAAAAEgc/bBjYee5jUhw/s1600/Ombak%2BRindu%2B%25282011%2529.jpg

Cinta x kejam..
Cuma manusia x reti menghargainya...

Monday, 2 January 2012

Aku Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu. Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu. Aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bonda khadijah, kerananya ku ingin kau tahu. Aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk bekerja di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenihi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak. Aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang menangis, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, Aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak bertemumu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku mahu hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah. Aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. pimpin tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mula keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lalui dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku keranaNYA, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..