Thursday, 26 December 2013

2014




Assalamualaikum. Salam. Hi. Ho. Hey. Holla!

Hello 2014! eh, belum lagi yeh? haha. Okay, tu aku saja repeat tweet aku dekat Twitter tadi. sila follow @ainsyaina. huish. *promote sat* . Cuti sekolah pun dah nak habis ni. Memang tak dinafikan tahun 2013 yang bakal berakhir ni banyak liku, onak dan ranjau berduri. Aku sendiri terkena duri tu. eh apa aku taip ni? eheh.

Tahun 2014 yang bakal tiba ni agak penting buat aku. Yelah, masuk tahun 2014 ni aku dah bukan budak lagi. Ceh memang budak lagi tapi dah meningkat sikit umur tu. Kohkohkoh. Selain nak masuk 15 tahun, banyak jugak yang bakal berubah dalam hidup aku ni. Tahun ni jugak aku akan menghadapi peperiksaan penting iaitu Pbsmr. Tak tahu apa itu "Pbsmr"? Sila rujuk entry lepas ye. Haha ayat aku mmg tak boleh nak skema lagi je.

Rasanya, ni la permulaan hidup aku. Maka, secara tak langsung, aku akan ada azam. bukan seperti tahun-tahun sebelum ni- tak ada azam. Lifeless sangat. ahah. nak tau apa? ni sebenarnya bukan setakat azam. tapi azam dan impian. and for sure, untuk jangka masa panjang. entry ni aku pendekkan sikit. hope korang boleh luangkan sedikit masa untuk baca. smile sikit nahh :)

Jadi lebih baik. ((Azam 2014)) *katanyaaa xp

Dengar macam cliche kan? ho ho. Memang ni top 5 azam aku next year. tak kiralah sebagai anak, kawan atau apa pun lah. aku nak jadi lebih baik. Sebagai anak, aku selalu malas menolong dan melawan cakap. anak tanggang betul kau ni. huh. tahun 2014 ni, aku nak jadi pendengar sikit dan banyak bersabar dekat umi dgn ayah aku. Aku ni kadang-kadang keras kepala jugak. ha. takpe, takpe. cuba berubah pelan-pelan. Apa-apa pun, ni dah jadi azam kan?

Sebagai kawan pulak aku rasa aku tak adalah nak mengutuk kawan belakang-belakang ke apa. tak ada okay, tak ada. tak percaya sudah. jap, aku pun sebenarnya tak tahu sikap aku dengan kawan-kawan macam mana. Nak berubah bukan apa, mungkin kadang-kadang waktu aku melawak ada kecilkan hati sesiapa ke kan.. Yelah, orang tengah melawak mana sedar apa-apa. Aku ni kadang-kadang memang tak sedar diri. *mengaku* xp

Memanglah semuanya dengar macam merepek. tapi azam tu semua untuk diri aku sendiri. perasan tak semua tu ada kaitan dengan confident, penampilan, watak dan hidup aku. ya, ia merangkumi semua secara tak langsung. aku nak cuba untuk tahun 2014 ni. nak cuba laksanakannya dan jadi yang terbaik. Yes, you can do it.

Lots Of Love, Syaina.

Saturday, 14 December 2013

Diam


Aku 
Diam.
Sebab
Aku,
Malas mahu
Mengusutkan keadaaan
Yang sememangnya 
Sudah kusut itu.

Aku
Sedang kumpul kekuatan
Untuk bangkit,
Untuk senyum,
Dan tunjuk pada semua
Yang aku bukan selemah itu.

Tapi,
Jangan pandang rendah pada aku 
Boleh jadi
Aku 
Lebih kuat dan tabah
Dari kau,
Sangkakan.

Diam.
Tak bermakna aku lemah.
Tak bermakna aku takut.
Tak bermakna aku lari.
Ada masanya,
Diam lebih baik 
daripada berkata
apa-apa.

Monday, 18 November 2013

Rindu


Kadang-kadang kita rindu,
tapi tak boleh nak bagitahu
jadi kita diam.
Buat macam kita langsung tak rindu
padahal rindu gila.

Bila 2 3 hari punya rindu dikumpul,
aku tak tahu
nak terangkan rindu
tahap macam mana dah.
Rindu sangat sangat sangat sangat sangat agaknya.

Aku rindu
Gelak tawa kau
Senyuman kau
Lawak kau
Suara kau
Rindu sangat hmm.

Kau tahu
Aku rindu
Tapi
Kau saja buat tak tahu
Kau saja cakap
Aku dah lupa
Aku dah ada orang baru
Ingat
Aku tak akan pernah ada
sesiapa.

Rindu aku
Biar aku sorang yang tahu.
Biar aku sorang
yang rasa.
Tak perlu nak kau tahu.
Tak perlu nak bagitahu.

Aku rindu kau.
be the old you.
i just want the old you.

Yeah,
I really miss you
its alI i can do.
I miss you more than words can say.

Wednesday, 6 November 2013

Novel : Things Not Seen



Assalamualaikum... hari ni den nak review blog yang den dah baca habis  separuh. haha ak kalau pinjam buku novel kat library seminggu dia bagi masa pun belum tentu ak habis baca buku ni. Ak pun tak tahu pe masalah ak. Nak-nak novel tu novel bi.... muahahah lagipun ni first time ak pinjam kt library. Sbb time ak baca sinopsis dia pun ak dah rasa macam fuh "This novel will be very best best novel!" ceh sama tak macam lagu Tonight Gonna Be A Good Good Night! ahahah nampak tak kemerapuan kat situ. oho wkwk

Back to the novel 


Here the sinopsis...


Bobby Phillips is an average fifteen-year-old boy. Until the morning he wakes up and can't see himself in the mirror. Not blind, not dreaming. Bobby is just plain invisible...

There doesn't seem to be any rhyme or reason to Bobby's new condition; even his dad the physicist can't figure it out. For Bobby that means no school, no friends, no life. He's a missing person. Then he meets Alicia. She's blind, and Bobby can't resist talking to her, trusting her. But people are starting to wonder where Bobby is. Bobby knows that his invisibility could have dangerous consequences for his family and that time is running out. He has to find out how to be seen again before it's too late.

haa siapa yang tak faham tu.. sila rujuk kamus ye. haku ni pun buat faham jelah lols.. but seriously best buku ni bak hang. cerita pasal ada sorang mamat tu dia halimunan and how he get back to his normal life. you get what i mean? heee

unfortunely.. ak tak tau ending dia. what a sad life.  sebab terpaksa return to library before holiday started. haha ak ni pun satu cam siput sedut je baca. lem kenmain. ekekekeke. tapi im sure I will get back that novel after school starts.. woohoo *evil laugh* ((semangatnya kan  ._.)) ahahaha okay till here! bye x


Saturday, 2 November 2013

Hidup



Hidup
jangan hanya 
nak orang lain faham 
perasaan kita. 
Kadang-kadang 
kita kena fikir 
juga tentang perasaan 
orang lain.
Jangan Selfish.

Dalam hidup 
kita
kena kuat. 
u can't please everyone 
and
 u can't expect everyone to please u. 
those that make u happy may hurt u too

Ingat. 
hidup ni tak lama mana pun. 
anything good, 
anything bad in life, 
will come to end. 
do good, expect nothing. 
Allah will reward you.

Kau
kena ingat 
hidup ni mcm roda. 
Berputar. 
Kalau kau buat org 
nanti kau
akan kena balik
What goes around, comes around.
What you give you get back

Masalah yang datang 
tu sendiri 
telah banyak ajar 
jatuh bangun hidup aku ini. 
Tanpa masalah, 
aku mungkin 
tak dapat pergi sejauh ni.

Friday, 1 November 2013

Rasa



Ada benda
yang memang
tak semua boleh rasa
hanya kita sorang je
boleh rasa

Rasa sayang,
Rasa sedih,
Rasa kecewa,
Rasa marah,
semua rasa yang 
bercampur menjadi satu

Rasa yang
sememangnya
tak mampu diungkap
hanya melalui
kata-kata

Hanya Allah
sahaja tahu
betapa peritnya
rasa ini

Kau
takkan pernah rasa
apa yang
aku rasakan sekarang
sebab kau
tak pernah rasa berada
kat tempat aku

Apa yang aku rasa
sekarang
dah tak penting
sebab
aku tahu
tak semua peduli

Kekadang
tak semestinya
semua rasa itu
perlu diluah
adakalanya
lebih baik
rasa itu menjadi
rahsia kita dengan Allah

-Ans

Friday, 4 October 2013

Pbsmr


Salam.. hi , ho , hey.. holla :-)

early 2013

1999's batch : hahaha in yo face. we aint takin pmr

middle 2013

1999's batch : haha..ha.. but we have pbsmr.

PBSMR weh! ya allah sumpah rasa nak jerit je. Bayangkanlah tahun depan dah nak form 3. gilaa ah. Aku macam tak percaya je. cepat gegilaa masa berlalu.. dah nak end of the year dah pun. Unlucky us,to be the first batch who having PBSMR! woah batch 99's memang bunyi macam stress je kan. Aku lagi stress. Kita sesama stress. I feel you. You feel me. hahaha k merapu

Since form 1 lagi, sumpah rasa blur gilaa pasal pbs bagai ni. Tak faham aku.. pebenda lah motif pbs ni sebenarnya? Nak meringankan beban murid or cikgu? uhhh no. lagi menambah beban adalah.. eii menyampahnya.

Kesian sangat kat batch aku dengan aku sekali lah kan sebab jadi bahan eksperiment. We do pbs everyday! then pbsmr yang mengejut tu. Haih. Seriously goverment is killing me softly....

Boleh tak kalau pbs tu pbs jelah. Tak payah nak kena pbsmr bagai. Memang cakap dengan dinding je aku ni kan. Apapun kita kena go through je semua benda alah ni even tak ready langsung. Dengan Pisa, Timss, Folio lagi. Tengok jelah sampai mana goverment boleh handle semua benda ni. Assabarul Minal Iman. Sabar itu separuh daripada Iman. hehhhh

Banyak sangat benda yang nak catch up balik. Ingat senang ke pe. Ya allah permudahkan lah semuanya.. hm. Wish me luck! Okay lah till here! bye x

Thursday, 3 October 2013

Hati



Hari baru.
Hari tanpa kau.
Tak apa,
Aku okay.
Tak ada lagi sakit hati lepas ni.

Sakit mana pun hati aku,
Bengang mana pun hati aku.
Ingat,
Aku tak akan menangis,
Sebab benda bodoh macam ni.
Air mata aku mahal.

Hanya disebabkan aku tak menangis, 
tak semestinya aku hati batu.

Aku dah tawar,
Tawar hati.

Suka hati lah.
Ini hidup aku.
Ini cara aku.
Bila aku nekad,
Aku buat.
Bila aku tak larat,
Aku pergi.

Selagi ada hati,
Ada rasa.
Selagi tu boleh nak tersentap,
Boleh nak terasa.

Kalau kerja asyik nak jaga hati orang,
Kalau kerja asyik nak fikir perasaan orang,
Memang tak kemana.
Sebab dia,
Tak pernah fikir perasaan kita.

Cuba,
Kalau sekali,
Kita tukar hati.
Masa tu,
Aku tahu,
Kau akan tahu,
Betapa sensitive nya hati aku.

Nak puaskan hati orang,
Bukan macam nak puaskan hati sendiri.
Nak puaskan hati orang,
Payah,
Susah,
Sebab hati orang bukan macam hati kita.

Benci

Aku paling benci bila 
orang tak kenal aku 
lepastu sibuk nak bercakap pasal aku.
Ada otak? 
Fikir sikit.

Jangan sampai aku benci kau. 
Benci kawan kau.

Aku benci kenangan,
Sebab kenangan,
Kadang-kadang buat aku,
Rasa macam nak nangis.
Nak nangis,
Sebab rindu,
Rindu kenangan,
Rindu kau.

Kadang-kadang dalam hidup.
 Ada kita suka ada kita benci. 
Sampai kadang-kadang pun kita tak tahu.
Kenapa kita benci.
Yang penting kita benci.

Wednesday, 2 October 2013

Faham



Kau, 
Tak faham aku.
Kau,
Tak tahu macam mana aku.
Kau,
Tak kenal aku.
Jadi kau,
Boleh diam,
Jangan bising,
Memekak.

Sebelum,
Kau nak minta,
Orang faham kau. 
Apa kata,
Kau cuba, 
Faham orang tu dulu. 

Aku belum faham,
Aku belum cukup faham.
Takpe,
Aku cuba fahamkan lagi.
Cuba faham kau.
Harap,
Kau pun cuba faham aku.

Tak ada orang faham aku.
Sebab aku pendam,
Sebab aku malas nak buka cerita,
Sebab aku malas nak bercakap,
Sebab aku malas nak bergaduh.

Jangan risau,
Kalau kau tak faham aku.
Sebab,
Aku pun tak pernah nak faham diri aku sendiri.

Saturday, 28 September 2013

Weee~



Hmm awkwardnya nak update blog sekarang. Banyak benda nak diupdate sebenarnya sampai dah banyak cerita basi. So cerita basi tu kita pause dulu. Dah alang-alang basi hewhewhew ~ Ahaha. 

Now dah on balik jadi apa yang nak dikongsikan ? Nothing actually to be shared . Rutin harian benda yang sama . Bosan .  now i'm just staying at home and holiday . I'm gonna miss u my school . =) . Ehh hahaha. 

Memandangkan banyak sangat masa yang terbuang aku terfikir nak on balik blog setelah lama tak aktif . Sekali lagi sedeyy ! Dah banyak masa ni boleh ler menghupdate benda-benda mengarut . Luahan perasaan la , itu la ini la . Hanya berharap bertahan dengan blog . Walaupun tak fofular . This is my blog so sukahatilah kan . Don't worry be happy . hahaha. xoxo 

Btw , goodluck for pmr and spm victim. Den punya turn tahun depan. Huwaaa. Tapi bukan pmr.. dia dipanggil pbsmr uolls. Eceh sesuka hati ak je. Oho. Till here. Bye! x

Monday, 23 September 2013

I'm Getting Better


Salam.. hi , ho , hey.. holla :) . Lama ak tak merepek dalam blog usang ak ni. Bukak jugak blog tapi takde post anything pun. Kesiannya blog kesayangan ak ni. Jangan merajuk eh.. muah muah! Ahah. Ish ak ni macam takde tajuk lain je en. Haha, suka hati laa.. blog haku c: . Haish happy semacam je? of course lah! bulan ni banyak benda buat ak happy sangat. Ah i'm lovin it! oho wkwk

Rasanya tak perlu kot cerita asal kenapa ak happy.. cam bajet pun ada rasa. kwangkwang. but alhamdulillah , I'm getting better happy than before. and dah takde benda yang buat ak serabut , nak buat ak fikir macam-macam ke. So far i'm freely to do anything ler. Tapi takde laa buat benda bukan-bukan. Thanks allah for everything c':

Dear self,
Be happy with yourself okay.
No matter how hard it is,
Remember,remember and remember,
Allah is always with you, Always
Never leave Him.
Because He never leave you,
Even for a second!
Got it Ain?

Okay laa till here. Bye! x

Saturday, 14 September 2013

Novel!

Salam.. hi , ho , hey.. holla :) . Long time ni see en.. hoho. Busy with school lately. Dah berhabuk dah blog usangku ini. ceh ceh. Trafik blog pun naik turun jee. Mood pun makin tak menentu sekarang ni...
Yo! back to the topic.. ak suka sangat baca novel sekarang.. instead of tengok bulan je memanjang. kihkih. Tak kisah laa cerita novel apa. Genre apa ke semua ak balun. mueheheh. Thanks to cik Bella kita yang bagi pinjam all da novel. Kehkeh.
Yang latest ni ak tengah baca novel tajuk "Chan Rak Ter" - Aku Cinta Kamu .. nampak tak kejiwangan ak kat situ? HAHA! Kisah pe ak janji best. Penulis novel dia yang tulis novel "JIMK" - Jodoh Itu Milik Kita.. ada drama yang diadaptasi dari novel tu en.
Ada kat astro prima if nak tengok.. tapi JIMK ak belum ada kesempatan nak baca lagi. Teheee. Yang pasti mesti se-meletop jugak macam buah tangan novel dia yang kedua ni.. CRT! Dah separuh ak baca.. siyes besr bak hang. Ada unsur ke- thailand an kat situ uolls.. like Sawadee kap. Narak. haha lagi apa ntah. lols cepat je ak nyanyuk -.-'
Ak rasa macam nak review satu-satu novel yang ak dah baca pulak.. tapi tu la sebab terlalu ke busy - an.. ceh ceh. Lols busy laa sangat katanyaaaaa. Hiho. um nanti laa ak review  whenever i have da mood.. thanks for visit! Haha ada masa nanti ak nak bagi freebies pulak yaww.

Sunday, 8 September 2013

Bunga



Ucapan yang baik , 
bagai bunga yang keluar dari mulut
Ucapan yang buruk pula 
seperti bisa ular yang disemburkan dari mulut.

                                                                                                                             

Bulan dan Bintang

Ku dongak ke langit
Ku lihat awan berarak
Ku lihat langit yang malap
Ku tunduk membisu

Merintih nasib hidup
Ku dongak ke langit
Ku lihat bintang bersinar
Ku lihat bulan bercahaya

Aku hanya mampu memakukan diri
Menyedari kekurangan diri

Ku dongak ke langit
Ku lihat malam yang indah
Ku rasa damai dihati

Ku bertafakur kepada Ilahi
Menyedari betapa kerdilnya aku disisi-Nya
Aku disini menginsafi diri
Moga..
Aku sentiasa mengingati
Di mana aku berdiri……

Pss : Puisi ni ambik dari pakcik google. Kredit kt tuan empunya yeee. So niceee this poem. Really love it.

Sunday, 1 September 2013

Hello September.



This year is going by so fast, good bye August. Hello September.

Friday, 30 August 2013

Merdeka Raya!




Salam.. hi , ho , hey , holla :) . woah dah lama ak biarkan blog ak terbiar.. sampai berhabuk dah pun. eceh. busy with school lately.. lol , who cares en? wkwk ;p .

Aha okaylah.. harini ada sambutan merdeka raya uolls kat sekolah den. peh best jugak ah taun lepas dia tak buat. kira first time ah smbut.. padahal tahun sebelum2 tu maybe ada buat kot. eheh. taun lepas den form 1.. ceh paham tak? buat-buat faham jelah eh. wakakaka.

Then mula ah sibuk mencari baju yg sesuai katanyaa. stress betul mu tau dokk. last2 pkai baju raya haritu je. pakai baju raya warna coklat and tudung bawal rose. simple2 je.. alah nak pergi merdeka raya je pun. kisah apa ak. phew. Masa kat sekolah semua pakai baju 1 malaysia ah kiranyaa. yang sodih kelas den 16 orang je. mu bayangkan betapa banyaknya.. 16/30. wow? banyak en yg dtg? :3 . tak tau ler nk ckp apa. ak pun datang sebab nk dpt band 6 je. kehkeh.

That one budak cina , my classmates.. aww comel je dia pakai baju kebaya.. uu seriously. nampak matured selalu nampak macam kebudak-budakkan sikit. teheeee. jahatnyaa ak. kwangkwang jkjk :b . Time nyanyi lagu patriotik.. betul ke ejaaan? huwaa. kahkah. nvm.. memang laa semua semangat en termasuk laa senior yang duduk belakang ak.. yg tu tak kisah ah kan.. yang bengang nya.. nk kibarkan bendera tu perlu ke sampai nak cucuk kepala orang? mengong betul. tahu ah ak tinggi xp . menyirap betul. pastu gelak2 buat muka tak bersalah. nasib baik senior -.-'

Pastu ada sketsa sikit.. budak seni teater ada buat persembahan.. serious awesome doh! lawak gilaaa. and best gila. The last part is mmg best.. favourite ak wooo. iaitu makan free.. ops i mean jamuan. kikiki. sedap beno den habak hang. yang tak bestnyaa lepas bunyi *kringkring* .. dah habis waktu rehat maknanya. hihi.. kitorang kena belajar.. heh adushh. kwangkwang

Den sempat buat satu doodle ni ;) .. btw , Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-56 semua yawww!

Friday, 23 August 2013

Hello

Holaa~~ Aku bosan harini. Jadi aku buat entry. Err, ade sesape rindu aku tak? Ada? Ada? *krikk krikk* K :( . Apa khabar korang semua? Harini hari yang indah bukan? HAHA! dah kenapa intro cenggitu. um okay.

Assalamualaikum. Harini aku nak cakap benda mengarut. Harap takde sesape baling selipar kat aku. Hm. Aku tak berapa okay semenjak dua menjak ni. Aku asyik sedih aje. Aku pun taktau kenapa aku sedih. Ada sesape tau tak? Ada? Ada? /lempang diri sendiri/ Aku sedih n kekadang risau tanpa sebab.. Tbh aku ni, senang mengeluarkan air mata~ Ceh haktuih. Macam takde kena mengena. wkwk. Kengkadang aku tengok kucing sebelah rumah aku pun aku rasa nak nangis... (?)

Done edit blog sikit-sikit. Okay dokk? hehe

Saturday, 17 August 2013

Suka tengok bulan~


Background aku kat twitaa xD

Salam.. hi , ho , hey , holla :) . Ayat wajib tu.. kehkeh. Tajuk macam bajet tajuk novel jeee. kwang kwang. Aku suka tengok bulan.. cantik kenmain. Cantik? . Eh i mean cahaya dia. . Indah sungguh ciptaan Allah kan? .. Dear moon , even kau banyak kawah tapi semua orang suka tengok kau memalam :* . so niceeee kan bila tengok memalam. hewhew 

Rindu dan bulan.. Seriously, aku suka tengok bulan.. Tak kira la bulan sabit ke, bulan penuh ker.. Datang bulan ke.. Opss. ahah. Bila tengok bulan je, boleh buat ak tersenyum lebar. Tersengih macam kerang busuk pun ada.. Apa yang aku fikir agaknya?? Hahaha.. Berkhayal je lobih den ni.

Okay, back to topik.. which is Bulan.. Kenapa setiap kali kita rindu, ke sedih.. bulan yang menjadi peneman kita. cewah jiwang ayat aku. hahahha. Tapi satu kelebihan bulan, dia masih dapat tengok masa waktu pagi even matahari telah muncul. yeppp. perasan dokk? hehe.


for me, any shape of moon is one special thing. that's why.. i always dedicate it..to special persons... :)

Thursday, 15 August 2013

Random Giveaway by Fatin Diana



*klik banner untuk join 

Hadiah yang saya nak :-

Printed wide shawl
- Printed tee/t-shirt 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2



Tekan banner untuk join!

Freebies : Random Doodles!



Salam.. hi , ho , hey , holla :) .. Nak bagi freebies doodle ni.. suka tak? ahha. macam-macam muka ada.. wkwk.. cuma yang ada watermark tu kita punya.. jgn gatal tangan nak crop ke apa eh! haha. kalau terkurang ke apa. sorry ye. hehe.. enjoy scrolling! :)
 






Manusia ada Hati dan Perasaan



Benar, kita manusia punya hati dan juga perasaan.
Tidak boleh lari daripada merasa gembira, suka, sedih dan duka.
Semuanya anugerah dari Sang Pencipta yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Tidak salah untuk menyatakan semua yang kita rasa. Tidak salah juga berkongsi setiap rasa itu. Kerana apa yang kita rasa tidak pernah menipu pemiliknya.

Tapi ada yang terkadang lupa, setiap rasa dan perasaan yang datang itu adalah dugaan bagi menentukan kekuatan diri sendiri. Mendepani setiapnya menuntut kesabaran yang besar.

Rasa sedih dan duka akan mendekatkan kita pada Pencipta yang satu. Menangisi pada ujian yang diturunkan pada kita. Meminta,meratap dan merayu agar ujian itu diangkat oleh Allah.

Mengapa harus ada manusia sebegini? Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita bahawa apa jua yang sedang kita hadapi kini adalah kehendak dan urusan dari Allah Taala. Jangan melawani takdir. Haruslah kita menghormati setiap pendirian dan keputusan manusia.

<-------------------->

Kadang-kadang kita rasa sunyi, kita sunyi di sebabkan semua orang tak pedulikan kita. Kita rasa kita dah macam permainan yang dorang semua boleh buat main.

Kita rasa sunyi sebab kadang-kadang kita rasa cemburu dengan kawan-kawan kita sebab dorang happy dengan adanya orang yang istimewa dalam hidup dorang. Kita hanya ada keluarga yang sayang saya.

Maybe bila kita dengan keluarga kita je kita rasa HAPPY. Kita tak tahu sebab apa harus adanya perasaan yang macam ni dengan semua kawan-kawan kita? Kan. Samalah mcm ak. Tapi kita kena terima qada dan qadar Allah.. 

<-------------------->

Wednesday, 7 August 2013

Selamat Hari Raya!



Salam.. hi , ho , hey. Holla :) . Long time no see. HEHE. Raya tahun ni sederhana je.. hewhew. Kuih macam biasa.. mestilah beli! ^^ . Manalah sempat nk buat. (Tak tau buat sebenarnya) kohkoh. Baju raya taun ni takde tema.. warna - warni gituuu. Kalau nk bertema pun maybe pakai baju raya tahun lepas which is warna biru. Hewhew. Bukan apa jimat duit parents. Ye dokk? Kehkeh.


Btw , Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. :) .. Meh laa jenguk entry lepas. Entry kisah hari rayaku. Cewah xD INI