Friday, 31 May 2013

Susah betul nak jaga hati semua orang.

Susah kan nak jaga hati semua orang?..mulanya ak ingat ak sorang je suka fikir macam ni bila ada banyak sangat hati nak kena jaga pada masa yang sama.. tapi ramai jer aku nampak kawan2 post kat fb, tweet kat twitter pasal benda ni..

'Susah betul nak jaga hati semua orang'



So, aku berpendapat perkara ini adalah normal, mungkin bila dah sampai fasa akhir remaja dan awal dewasa ni kita akan berfikiran macam ni...kot.. The case was like this, bila kita nak jaga hati si A, si B konfem sakit hati and vice versa sampai kita rasa serba salah, diluah mati mak, ditelan mati bapak, kalau nak simpan dalam mulut lama2 lenguh weh..

Seiring dengan usia yang makin meningkat dan kematangan yang semakin better dengan kesilapan hidup yang semakin banyak ni ak pun jumpa salah satu solution untuk masalah ini..sebabkan letih sangat dengan masalah yang sama dan asyik rasa serba salah...

Kalau berhadapan dengan situasi macam ni dimana option nyer salah seorang ataupun sebelah pihak pasti sakit hati, just choose the deserve one, pilih hati siapa yang lebih layak untuk untuk dijaga.. mungkin pihak yang ditakdirkan untuk sakit hati itu ada kebaikkan untuknya..mungkin sakit yang dia rasa tu dapat buat dosa2 dia diampunkan ke..bertuah kan..keputusan yang tidak baik itu tak semestinya pilihan yang salah..

Dalam hidup ni kita kena buat salah supaya kita tahu apa sebenarnya yang betul, dalam hidup kita kena rasa sedih supaya kita tahu nikmatnya rasa gembira..kita belajar dari ujian yang diberi Allah supaya kita belajar untuk terima apa yang telah ditakdirkan untuk kita dan supaya kita yakin pada janji2 Allah..

Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhan-mu.’ Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Q.S. Az-Zumar[39]: 10)

Ak bukanlah orang yang layak nak suruh orang bersabar sebab ak pun seorang yang panas baran kan..but just nice to share...

Nak masuk bloglist ak? Jom join -->> http://ain-nadia.blogspot.com/2013/05/pencarian-bloglist-by-ain-nadia.html

1 comment:

  1. hana pernah melaluinya..
    sebab masa tu kan kita hidup dengan kawan2 yang kita kena jaga perasaan kawan2 kita. lepas kita habis belajar dan bekerja, hana rasa xda dah perkara2 tu :) kita jaga hati kita sudah lah. hehe

    ReplyDelete

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.