Thursday, 26 December 2013

2014




Assalamualaikum. Salam. Hi. Ho. Hey. Holla!

Hello 2014! eh, belum lagi yeh? haha. Okay, tu aku saja repeat tweet aku dekat Twitter tadi. sila follow @ainsyaina. huish. *promote sat* . Cuti sekolah pun dah nak habis ni. Memang tak dinafikan tahun 2013 yang bakal berakhir ni banyak liku, onak dan ranjau berduri. Aku sendiri terkena duri tu. eh apa aku taip ni? eheh.

Tahun 2014 yang bakal tiba ni agak penting buat aku. Yelah, masuk tahun 2014 ni aku dah bukan budak lagi. Ceh memang budak lagi tapi dah meningkat sikit umur tu. Kohkohkoh. Selain nak masuk 15 tahun, banyak jugak yang bakal berubah dalam hidup aku ni. Tahun ni jugak aku akan menghadapi peperiksaan penting iaitu Pbsmr. Tak tahu apa itu "Pbsmr"? Sila rujuk entry lepas ye. Haha ayat aku mmg tak boleh nak skema lagi je.

Rasanya, ni la permulaan hidup aku. Maka, secara tak langsung, aku akan ada azam. bukan seperti tahun-tahun sebelum ni- tak ada azam. Lifeless sangat. ahah. nak tau apa? ni sebenarnya bukan setakat azam. tapi azam dan impian. and for sure, untuk jangka masa panjang. entry ni aku pendekkan sikit. hope korang boleh luangkan sedikit masa untuk baca. smile sikit nahh :)

Jadi lebih baik. ((Azam 2014)) *katanyaaa xp

Dengar macam cliche kan? ho ho. Memang ni top 5 azam aku next year. tak kiralah sebagai anak, kawan atau apa pun lah. aku nak jadi lebih baik. Sebagai anak, aku selalu malas menolong dan melawan cakap. anak tanggang betul kau ni. huh. tahun 2014 ni, aku nak jadi pendengar sikit dan banyak bersabar dekat umi dgn ayah aku. Aku ni kadang-kadang keras kepala jugak. ha. takpe, takpe. cuba berubah pelan-pelan. Apa-apa pun, ni dah jadi azam kan?

Sebagai kawan pulak aku rasa aku tak adalah nak mengutuk kawan belakang-belakang ke apa. tak ada okay, tak ada. tak percaya sudah. jap, aku pun sebenarnya tak tahu sikap aku dengan kawan-kawan macam mana. Nak berubah bukan apa, mungkin kadang-kadang waktu aku melawak ada kecilkan hati sesiapa ke kan.. Yelah, orang tengah melawak mana sedar apa-apa. Aku ni kadang-kadang memang tak sedar diri. *mengaku* xp

Memanglah semuanya dengar macam merepek. tapi azam tu semua untuk diri aku sendiri. perasan tak semua tu ada kaitan dengan confident, penampilan, watak dan hidup aku. ya, ia merangkumi semua secara tak langsung. aku nak cuba untuk tahun 2014 ni. nak cuba laksanakannya dan jadi yang terbaik. Yes, you can do it.

Lots Of Love, Syaina.

Saturday, 14 December 2013

Diam


Aku 
Diam.
Sebab
Aku,
Malas mahu
Mengusutkan keadaaan
Yang sememangnya 
Sudah kusut itu.

Aku
Sedang kumpul kekuatan
Untuk bangkit,
Untuk senyum,
Dan tunjuk pada semua
Yang aku bukan selemah itu.

Tapi,
Jangan pandang rendah pada aku 
Boleh jadi
Aku 
Lebih kuat dan tabah
Dari kau,
Sangkakan.

Diam.
Tak bermakna aku lemah.
Tak bermakna aku takut.
Tak bermakna aku lari.
Ada masanya,
Diam lebih baik 
daripada berkata
apa-apa.