Monday, 27 October 2014

Tips: Memilih Aliran Apa Bagi Lepasan PT3


So, semua mesti batch 99 dok kalut fikir lepasni korang nak masuk aliran apa untuk ke tingkatan 4. termasuk le jugak ak. sebab aliran ni akan menentukan our future ye dok. Tips ni agak berguna jugak untuk kita semua pelajar f3 tahun ni. Doakan ye supaya semua pelajar PT3 berjaya. insha allah. amin. Okaylah taknak buang masa pepanjang.. enjoy scrolling! :)

1.Dalam hati cakap apa.

  • Cuba muhasabah diri 2-3 minit. Kalau kita teringin nak masuk aliran yang kita nak ambil pastikan kita yakin betul-betul. Jangan ikut kawan. Biasanya bila kita teringin, kita akan seronok belajar. Percayalah, belajar bila seronok, result pun seronok!

2. Pedulikan kata orang

  • Ni lagi satu punca pelajar tak tenang hidup. Yang nak percaya cakap orang tuh apsal. Lepastu percaya bulat-bulat pulak tuh.Kata Addmath susah lah, subjek sains susalah, Prinsip Akaun susalah. Makan tak susah pulak. So please!! jangan dengar cakap orang yang negatif.Bila dia negatif kita pun akan negatif. Percayalah.

3. Minta nasihat pelajar cemerlang

  • Cuba tanya-tanya pelajar2 or senior-senior yang cemerlang. Yang subjek sains dia A or B+. Tanya pendapat mereka tentang aliran yang kita nak ambil. Diorang lebih berpengalaman. Jangan tanya kepada senior yang tak cemerlang. Ofkos lah dia kata susah. Ofkoslah dia kata tak boleh buat. So, kita mesti tanya dengan pelajar cemerlang, dengan itu kita tahu kelemahan dan kelebihan kita.

4. Minta nasihat kaunseling

  • Kalau dah buntu bin bengang. Beranikan diri untuk minta nasihat guru kaunseling. Biasanya guru kaunseling buat ceramah kat sekolah. Pastikan hayati dan dengar betol-betol.

5. Minta pendapat Keluarga

  • Ada tak mak bapak korang cakap macam nih..."Kau dah besar mesti jadi Lawyer!! doktor!! Engineer!!"
  • Bincang betul-betul dengan keluarga.
  • Ibu Bapa yang baik adalah selalu mendokong anaknya membuat kebaikan.
  • Anak yang baik selalu mendengar nasihat Orang Tua.
  • Bincang baik-baik ok.

6. Nilai diri

  • Tak ada dalam dunia nih yang senang. Dan tak ada perkara yang susah kita tak boleh buat. Korang ambil Aliran sastera kalau malas tak guna jugak. Yang penting seronok belajar. Cuba cari cara yang seronok untuk belajar.

No comments:

Post a Comment

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.