Friday, 5 December 2014

Tidur Tak Menentu.


Assalamualaikum guys. Tajuk dah macam tajuk lagu kan. kesah apa haku. kang setengah jam habis masa just nk fikir tajuk apa yg sesuai untuk entry ni. such a waste of damn time. ye dok. yang penting isi sesebuah entry tu berbanding tajuk dia. ceih. apa benda aku merapu ni woih. sila ketuk kepala aku. tetiba rasa nak menghoyan pepagi buta. ok abaikan.

Lately, bila masuk musim cuti sekolah ni kan.. masalah utama budak sekolah mcm ak ni is sleeping habit yang tak menentu. wahai bebudak sekolah sekalian, sila mengaku! hang pun ada masalah macam eden ni kan? i'm mean sesetengah people la. salute do dgn budak yang boleh tidoq awal. *claphand*. Contoh terdekat, adik aku ni ha.. baru letak kepala dekat bantal dah terus tertido. Tudia. Siap boleh berdengkur lagi bak hang. Pe citaqqqqq! haha k over.

Um aku rasa aku patut hentikan habit tidur lewat. Muka dah menggerutu mcm hape dh sebab tidur lambat. Tak lupa jugak lingkaran hitam yang bertenggek bawah mata atau dikenali sbgai 'mata beg'. peh sangat menyemak okeh. dah boleh buat celak. tp celak style baru. katanya. muahaha.

Serius pening kepala bila tido lewat ni. ak bukan sesaja nk tido lewat tp entah ah dah tak boleh tido. apa boleh buat. nasib badan. aku dah cuba memacam benda tp tak jadi. kadang tu aku sangat sangat lah mengantuk tp mata ngengada taknak pejam. what a sad life.

Apa korang boleh buat kalau ada masalah macam ak ni? so daripada hasil aku googling maybe hampa semua boleh cuba tips ini :

4 cara yang boleh dicuba untuk tidur lebih awal.

Cara 1: Simpan gajet elektronik

Satu kajian di US mendapati 95 peratus warganya menggunakan gajet elektroniksejam sebelum tidur sekurang-kurangnya beberapa hari dalam seminggu, menjurus kepada lewat tidur. Buat satu peraturan supaya tiada gajet dibenarkan di katil. Matikan semua gajet sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Terdedah dengan cahaya lampu yang terang adalah salah satu faktor sukar untuk tidur. Anda juga akan menjadi asyik menggunakannya sehingga terlewat tidur.

Cara 2: Set Alarm (bukan untuk bangun tidur, tapi untuk tidur)

Jadikan kebiasaan untuk tidur pada masa yang tetap setiap malam. Letakkan alarm supaya mengingatkan kita supaya habiskan segala kerja dan tidur awal.

Cara 3: Tetapkan ia sebagai rutin

Biasakan diri untuk bersiap untuk tidur lebih awal. Minum susu, pakai pakaian tidur dan membaca buku bagi merehatkan diri serta menyiapkan diri untuk tidur. Kita juga akan rasa nyaman dan selesa serta terdorong untuk tidur lebih awal.

Cara 4: Terus tidur bila rasa penat

Jangan paksa diri untuk terus berjaga bila anda rasa penat. Pertama kali merasa penat, anda perlu terus tidur kerana apabila anda paksa lagi diri selepas itu, sekurang-kurangnya anda akan tidur 3 jam lewat selepas itu.

Nota bulan: Dalam banyak2 cara aku rasa cara no 4 yang selalu berkesan. What say you?

Sekian.

Lots Of Love,
Syaina

No comments:

Post a Comment

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.