Tuesday, 28 October 2014

Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?

 
 


Assalamualaikum
W.B.T

Yeah!!..
Hari ini Cik Yana dengan sukacitanya melancar satu segmen yang bertajuk Segmen
: Anda Berasal Daripada Mana?. Segmen ini bertujuan untuk merapatkan lagi
ukhwah antara blogger di seluruh Malaysia.. Segmen ini blogger baru ke blogger
lama ke boleh join jangan malu-malu..

Syarat-syaratnya:

  • Pertama follow
    blog Cik Yana, Twitter Cik Yana, fanpage Cik Yana dan Instagram Cik Yana.
  • Kedua,
    letak tajuk Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?.
  • Letakkan bendera asal negeri anda dan letakkan ayat Saya Orang........
  • Copy code dibawah dan paste kan dalam entri anda dan publish.


  • Saya orang Selangor. :)
     

  • Segmen
    ini akan bermula pada hari ini 22 Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014 pukul (
    11.59 PM).




  • So
    apa lagi jom join ramai-ramai.. Ajak kawan-kawan korang..

    Senang kan





    Monday, 27 October 2014

    Tips: Memilih Aliran Apa Bagi Lepasan PT3


    So, semua mesti batch 99 dok kalut fikir lepasni korang nak masuk aliran apa untuk ke tingkatan 4. termasuk le jugak ak. sebab aliran ni akan menentukan our future ye dok. Tips ni agak berguna jugak untuk kita semua pelajar f3 tahun ni. Doakan ye supaya semua pelajar PT3 berjaya. insha allah. amin. Okaylah taknak buang masa pepanjang.. enjoy scrolling! :)

    1.Dalam hati cakap apa.

    • Cuba muhasabah diri 2-3 minit. Kalau kita teringin nak masuk aliran yang kita nak ambil pastikan kita yakin betul-betul. Jangan ikut kawan. Biasanya bila kita teringin, kita akan seronok belajar. Percayalah, belajar bila seronok, result pun seronok!

    2. Pedulikan kata orang

    • Ni lagi satu punca pelajar tak tenang hidup. Yang nak percaya cakap orang tuh apsal. Lepastu percaya bulat-bulat pulak tuh.Kata Addmath susah lah, subjek sains susalah, Prinsip Akaun susalah. Makan tak susah pulak. So please!! jangan dengar cakap orang yang negatif.Bila dia negatif kita pun akan negatif. Percayalah.

    3. Minta nasihat pelajar cemerlang

    • Cuba tanya-tanya pelajar2 or senior-senior yang cemerlang. Yang subjek sains dia A or B+. Tanya pendapat mereka tentang aliran yang kita nak ambil. Diorang lebih berpengalaman. Jangan tanya kepada senior yang tak cemerlang. Ofkos lah dia kata susah. Ofkoslah dia kata tak boleh buat. So, kita mesti tanya dengan pelajar cemerlang, dengan itu kita tahu kelemahan dan kelebihan kita.

    4. Minta nasihat kaunseling

    • Kalau dah buntu bin bengang. Beranikan diri untuk minta nasihat guru kaunseling. Biasanya guru kaunseling buat ceramah kat sekolah. Pastikan hayati dan dengar betol-betol.

    5. Minta pendapat Keluarga

    • Ada tak mak bapak korang cakap macam nih..."Kau dah besar mesti jadi Lawyer!! doktor!! Engineer!!"
    • Bincang betul-betul dengan keluarga.
    • Ibu Bapa yang baik adalah selalu mendokong anaknya membuat kebaikan.
    • Anak yang baik selalu mendengar nasihat Orang Tua.
    • Bincang baik-baik ok.

    6. Nilai diri

    • Tak ada dalam dunia nih yang senang. Dan tak ada perkara yang susah kita tak boleh buat. Korang ambil Aliran sastera kalau malas tak guna jugak. Yang penting seronok belajar. Cuba cari cara yang seronok untuk belajar.

    Sunday, 26 October 2014

    Ego

     
     

    Ego. 
    Ada bahaya dia 
    Ada kebaikan dia 
    Kena pandai 
    Pandai kawal.

    Jangan berlagak kau ego.
    Padahal dalam hati.
    Bagai nak mati.
    Bagus sangat perangai.
    Ego tak bertempat.

    Kita bukan stranger.
    Tapi, kita sama sama, EGO.
    Aku ulang, EGO.  
    Kau tak tegur aku,
    Aku pun tak tegur kau.
    Aku ulang,  
    EGO.

    Sabar aku
    Ada had nya
    Sabar aku
    Ada batasannya
    Jangan disebabkan ego kau
    Jangan disebabkan baran kau
    Aku give up,
    Ingat tu.

    Tapi
    Kekadang
    hanya ego yg akan angkat
    Peluk kau dari belakang
    Saat kau jatuh
    Rebah tersungkur.

    Wednesday, 22 October 2014

    Art Trade With Dianeeya


    Salam.. hi, ho, hey, holla :) . Apo khabor cik kaq cik kaq sekalion? hamboi teruk bebenor bunyinya. Rindu ceq dok? Okay tak. hahaha kboi. Okay la nak dependekkan cerita. Ak dah lama sebenonya nk art trade.. tp sibuk exam. tp skrang tengah ada mood ni biar ler kan.. hohoo.

    ak pun baru habis PT3. banyak masa terluang kat rumah. so kalau ada sape yang nak art trade dengan ak. awok awok sangat dipersilakan ye. ehe

    From Dianeeya:



    Doodle from her. Comel tak? whoa pegang ice-cream  ;) .. kalah doodle ai.. ceih.. hahahh xD. Thanks sudi berart trade. Jom terjah BLOGGER DianeeyA

    Yang ni doodle untuk awak pulak
    .
    .
    .
    .
    jeng jeng
    simple je. hope suka eh? :D

    Tuesday, 21 October 2014

    Masa kini berlalu pantas dan bagaimana perlahankannya



    “Sekejap saja masa kini berlalu!”,

    itu ayat yang biasa kita dengar malah seringkali kita sendiri ucapkannya. Kepantasan masa kini semakin ketara dengan peningkatan umur kita, lebih-lebih lagi jika tinggal dan bekerja di bandar.
     
    Kita terkejar-kejar sepanjang masa dari pagi sehingga ke petang dan kadang-kadang sehingga ke malam. Apakah dunia berpusing dengan lebih laju sekarang ini?.
     
    Penciptaan alam dan segala isinya termasuklah bumi dan segala cakerawala yang kita duduki ini berlaku dengan amat terperinci sekali. Allah menjadikan segala kejadian alam sentiasa tunduk pada kejadiannya.
     
    Segalanya terletak pada landasannya dan sebagaimana bumi bergerak selaju 700 batu sejam sejak dulu, begitu jugalah sekarang ini tidak ada perubahan.
    Sebab itu kita dapat mengira bila berlakunya gerhana matahari atau bulan dalam tempoh seribu tahun lagi yang akan datang dan bila tiba waktunya ia akan berlaku sebagaimana yang telah kita jangka, tanpa ada apa-apa perubahan.
     
    Begitulah Maha Hebatnya perancangan dan ciptaan Allah Taala yang sungguh terperinci. Jadi jelas di sini bahawa bumi tetap mengikuti rentaknya seperti biasa dan masa 24 jam sehari tetap masih sama seperti dulu juga. Habis kenapa masa kini berlalu begitu pantas?
     
    Sebenarnya masa sentiasa cukup sebanyak 24 jam sehari, cuma perkara yang kita lambakkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 24 jam tersebut sahaja yang semakin meningkat.
    Kita semakin membuatkan dunia di dalam diri kita sendiri semakin laju sehingga menjadikan wujudnya dua jenis jam dalam alam ini. Satu yang nyata yang berdetik pada jam tangan kita dan satu lagi yang berdetik di dalam minda kita sendiri.

    Uji bagaimana jam dalam diri anda berdetik
     
    Kita boleh menguji samada jam dalam minda kita berdetik sebagaimana jam di dunia nyata atau tidak dengan melakukan langkah berikut:
    • Set jam tangan selama 5 minit.
    • Pejamkan mata dan jangan buat apa-apa.
    • Ketika pejam itu ingatkan diri bahawa kita sedang hidup sekarang ini dan tidak ada sesiapa yang boleh mengambil kehidupan kita kecuali Tuhan. Masa yang kita ada adalah kepunyaan kita untuk kita gunakan sebaiknya. Berterusan bayang dan fikirkannya.
    • Setelah kita rasa lima minit telah berlalu, bukan mata dan lihat berapa lama kita ambil untuk pejam mata tadi.
    Jika kita pejam selama 5 minit sebagaimana yang ditunjukkan oleh jam kita, maka, sebenarnya kita tidak terkejar-kejar sangat dalam kehidupan kita dan kita benar-benar menghayati kehidupan ini.
    Jika masa kita buka mata dan waktu baru menunjukkan 2 atau 3 minit, maka ia menunjukkan jam dalam minda diri kita berdetik teramat pantas dan kita sedang berada di dalam dunia sibuk tak terkawal.
    Akhirnya jika masa kita pejam setelah kita buka mengambil masa jauh melebihi 5 minit, maka kita nampaknya ada terlalu banyak masa terluang dan tak tahu nak buat apa dan elok isikan sedikit lagi masa kita dengan aktiviti bermanafaat.
    Bagi mereka yang jam minda dirinya berdetik teramat pantas sudah tentu merasakan waktu berlalu teramat pantas. Jika anda mahu perbetulkan masalah tersebut berikut beberapa tips berguna yang boleh kita amalkan:

    1. Luangkan lebih masa kini anda untuk melihat.
     
    Pelik juga sedangkan kita sentiasa melihat?, jika kita sangka kita sentiasa melihat sebenarnya kita salah. Para saintis mendapati masa yang diambil manusia untuk melihat dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini menurun dengan begitu mendadak sekali.

    Bila kali terakhir kita melihat titisan embun yang berada di hujung rumput di waktu pagi? semalam, kelmarin, tahun lalu atau dah tak ingat? sedangkan ia sentiasa berada di sekeliling kita dan kita tidak ada masa untuk melihatnya.

    Itulah yang Al-Quran katakan manusia itu punyai mata tetapi hanya sedikit yang menggunakan dia untuk melihat. Banyak lagi perkara yang kita sudah lama tidak berhenti sejenak melihat. Bagaimana nak berhenti melihat sedangkan kepala otak kita asyik fikirkan duit, kerja, wanita, tekanan, dan lain-lain samada ketika berjalan, memandu atau di mana-mana saja, kita tidak melihat.



    Cukuplah dengan kelam kabut kita. Mulakan melihat apa yang ada di sekeliling kita. Wajah anak-anak kita, pucuk daun yang baru keluar di pokok pada taman depan rumah kita. Anak burung mencicip diberikan makan ibunya.
    Berbagai lagi benda yang telah lama kita tidak melihat dan kita biarkan semuanya berlalu. Dengan tanam azam untuk lebih melihat, insyallah masa akan menjadi lebih perlahan.

    2.Sebutkan nama benda yang kita lihat

    Jangan hanya melihat. Cuba ingat kembali apa namanya benda yang kita lihat tersebut. Kalau tak tahu jadikan ia satu tugasan untuk mengetahuinya. Setelah anda tahu dan anda terlihatnya semula sebutkannya dengan kuat dan jelas.
    Biarlah kita jadi macam kanak-kanak, sebab memang itupun matlamat kita untuk tanam semula nilai kehidupan yang tidak sepatutnya berserabut dan terlalu cepat.

    Biarkan sifat ingin tahu kita berkembang seperti kanak-kanak. Ingat kehebatan Nabi Adam antaranya adalah keupayaannya mengenali nama benda-benda yang dilihatnya setelah Allah mengajarnya.
    Anda tentu akan dapat rasakan perbezaan apabila anda mula mengenali apa yang anda lihat dan boleh menyebut namanya. Ini juga secara lansung membuatkan diri kita merasa lebih sedar dan mula menyaksikan segala tanda-tanda kewujudan Pencipta.
    Semakin banyak yang kita lihat semakin banyak yang kita nampak semakin terisi kehidupan kita.

    3. Jalankan amalan rutin kita dengan lebih perlahan.

    Kita biasanya melakukan perkara rutin kita dengan pantas. Maklumlah sebab dah terlalu biasa dan boleh dilakukan dengan hanya pejam mata. Kebiasannya kita terjun masuk dalam kereta lalu terus cucuk kunci dan hidupkan kereta kita.
    Kita mula masukkan gear dan dalam masa yang sama tarik talipinggang keselamatan dan pasang. Kita tekan minyak berdesup melintasi rumah jiran, kita buka mata tetapi tidak pernah melihat apa ada di sekeliling kita sedar-sedar kita terpaksa berhenti di lampu isyarat trafik kerana warna bertukarmenjadi merah.

    Itupun kita masih tidak melihat sedangkan kita masih membuka mata. Kita merenung ke depan seolah-olah melihat, namun kita hanya berkhayal dengan tugasan atau masalah kita seolah-olah ada satu hijab menutup antara mata dengan apa yang berada di sekeliling kita.

    Apa salahnya perlahankan ia sedikit dan nikmati kesempurnaan apa yang anda sedang lakukan itu. Perlahankan masa anda. Jika anda makan umpamanya, jangan kelam kabut dan gelojoh.
    Suap perlahan-lahan, tengok bagaimana rupa nasi yang ada dalam pinggan anda, besar mana butiran nasi itu, perlahankanlah dan nikmati betul-betul kunyahan dan rasai keenakan makanan yang merupakan rezki anda pada hari itu.

    4. Betulkan cara bernafas

    Ini ramai yang dah tak perasan. Kita tentu sangka bernafas adalah dengan mengembangkan dada apabila kita menarik nafas masuk ke dalam rongga badan. Sebenarnya kita menyedut nafas melalui perut.
    Perut sepatutnya kembung atau mengembang bila menyedut udara. Perut perlu kempis bila menghembus udara.

    Semuanya berpunca apabila kita berhenti melihat. Bila kali terakhir kita melihat seorang bayi yang sedang lena tidur. Bila kali akhir kita lihat dan renung muka bayi yang sedang menarik nafasnya laju, bagaimana alun badannya ketika dia menarik nafas adakah dadanya yang beralun atau perutnya yang beralun.

    Jika kita mula melihat, kita tentu akan mula bertanya kenapa perutnya kembang dan kuncup kenapa bukan dadanya yang kembang dan kuncup. Kenapa dia bernafas melalui perut dan apakah cara bernafas yang sebenarnya.
    Kawal semula cara kita bernafas dan secara sedar kita akan perasa yang kita sedang hidup dan sedang bernafas. Bernafaslah secara perlahan-lahan dan rasai pernafasan kita, insyallah masa akan perlahan semula.
    Cubalah amalkan apa yang disebutkan di atas untuk kembalikan masa kini anda lebih berkualiti dan bermakna dan seterusnya meletakkan semula masa kini pada landasannya semula