Saturday, 29 November 2014

Overthinking.



Assalamualaikum. Agak lama aku tak aktif berkongsi cerita dan rasa kat blog ni. Tak macam dulu, boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan update entri yang baru. Dan rasanya, zaman-zaman tu, penceritaan aku lebih ceria, lebih terbuka, dan lebih santai. Tak macam sekarang. Nak update entri baru pun malas. Benda nak dikongsi? Ada. Tapi bila buka je blog, terus malas. Dan tak keterlaluan kalau aku kata yang aku dah malas langsung nak update entri baru. Sebab? Nampak gaya macam penceritaan aku berbeza dengan dahulu. Sekarang macam, agak suram. Konon-konon deep lah kata orang.

Ada juga betulnya. Sebab nak dibandingkan hidup aku yang dulu dengan sekarang, sekarang ni lebih macam terlampau 'stress'. Sebab sekarang, kalau apa-apa perkara yang berlaku, sama ada benda tu kecil ataupun besar, aku suka fikir yang melampau-lampau. Omputih kata 'overthinking'. Keterlaluan jugaklah. Sebab dari sekecil-kecil perkara, bila aku dah melampau-lampau fikirkan, boleh jadi besar.

Aku ni sebenarnya overthinking ke? Kenapa aku rasa mcm betul? Sebab aku memang suka berfikir. Sometime benda tu pada org lain biasa dan simple je, tapi aku dok fikir benda tersebut seolah-olah tengah jawab soalan math paling susah di dunia okeh

Overthinking ni sometime bagus jugak, tapi based on pembacaan aku, sebenarnya ia lebih banyak mendatangkan benda negatif dari positif. See, mcm mana tu. Korang tau tak nak selesaikan masalah ni…? Aku dah cuba banyak kali, cuba untuk just let it be, cuba untuk ‘cool’, oh tetapi aku tidak mampu bhaiiiiii. Mesti akan terbayang je pasal benda yg aku fikir itu. Oh tidakkk!

Lagi satu kan, aku paling menyampah sebab masalah overthinking ni membuatkan aku menghidap insomnia pulak. Insomnia ataupun masalah sukar untuk tidur malam memang menghantui aku. Tambah-tambah bila di saat kritikal, contohnya esok result exam nak keluar, esok nak amik exam dan lain-lain. Sometime, kalau aku excited terlebih pun dia akan effect pemikiran dan pola tidur aku (wah, main pola-pola kau) perasaan excited dicampur pulak dengan overthinking membuatkan aku susah nak tidur

Serious, aku benci feeling bergolek2 atas katil tapi tak boleh tido. Cuba untuk melelapkan mata, tapi mataku itu tidak mahu terpejam. Adehh.. apa pun tak boleh!

Nota bulan: Rasanya, aku perlu sibukkan diri. Rasanyalah. So bila diri aku ni sibuk, aku takpayah fikir melampau sangat dah. Kononnya lah kan.

Monday, 24 November 2014

Saya cemburu dengan awak. Tapi...



Saya cemburu dengan awak.
Tapi….

Kita masih kawan kan??



Suatu hari Sarah sedang berbual-bual
dengan Farzana dibawah rendang pohon
yang redup.

" Mesti seronok kan dapat jadi
awak? "

" Kenapa pulak? "

Farzana pelik, lalu bertanya kepada Sarah sambil membetulkan tudung labuhnya
yang ditiup angin.

" Sebab awak adalah awak, dan
saya jealous dengan awak. "

" Boleh saya tahu sebabnya? "

Sarah menjawab

" Sebab awak baik semacam… kalau solat awak khusyuk, solat sunat pulak selalu awak lazimi, baca Al-Quran awak fasih.. siang awak nampak gembira, bergelak ketawa, tapi malam saya selalu nampak awak menangis di tikar sejadah. Awak cantik , tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je.. lembut, penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape- apa, mesti awak jaga niat.. awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang. Mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah, Alhamdulillah, masyaALLAH, insyaALLAH’… semualah.. Sunnah rasulullah semua awak buat, satu pun takde yang awak tinggal.. Saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak.. mesti Rasulullah rindu awak...

Kesedihan terpancar pada wajah Sarah.

" Ooo..macam tu. Kalau macam
tu, sayalah orang yang akan lebih
jealous dengan awak... "

" Eh kenapa?? "

" Sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul-BETUL grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap-gagap, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH, tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH. Saya lagi JEALOUS dari awak.. sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya. Rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul-betul SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…


Nota bulan: *I don’t care what you are doing, but respect who you are. You know why? Because maybe who you are tomorrow will be better than who I am today.. *


Buat kamu. Wasalam.



Sunday, 23 November 2014

Risau



Pernah tak kau rasa risau pasal masa depan? about your studies? about your future career? and then risau pasal diri sendiri? Because, I think I'm losing myself. Slowly. and the fact that I just can't stop worrying.

ah. risaunya. Harapan nak ke asrama dah makin pudar. Sedikit demi sedikit. ah. sedihnya. Jealous tgk kengkawan dekat ak sume markah tetinggi. and my mark so.... ha. (u know what i mean rite.) lepastu pernah tk rasa "dulu ak takde la macam ni teruk dowh" bila teringatkan something yang tak kita expect?. so, ak sangat tak expect bila dpt markah teruk sangat. I'm speechless. that why dont put your expectation the way too high. kang jadi mcm ak ni karang. too many careless mistakes ghupenya. tp ak dah buat yg terbaik.

but sokay la. Ak kena blajar jgk apa erti bersyukur. Dok ckp tak puas hati kt result tk kemana nya. Cenggitu gak result tu smpi bebila. Mungkin, Allah tahu ak mampu hadapinya. Ada hikmahnya. Ak kena terima aje takdirnya. Redha! yes ak kena redha. lagipun ni belum official result. Mana tau tetiba ada miracle kan masa 22/12? kalau ada alhamdullilah. I'll will be the happiest person in the world. Ceih. Haha. Apapun, ak tawakal jolah. Allah tahu apa yg terbaik untuk ak.

I just need some moral support and advice maybe? idk.

Nota bulan: Tuhan jangan buat ak menyesal dengan keputusan ini, tapi buat lah ak semakin kuat dan sabar menerima semua ujian mu, berikan hasil terbaik ya allah. Amin ☺


Wasalam.

Sunday, 9 November 2014

Seorang muslimah sempurna ke dia?

A nice post to share. Credit akak

Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,

Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Dan untuk insan lain yang bergelar hamba Allah yang juga manusia biasa.
Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,
Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa.
"Pakai tudung labuh je lebih.. "
"Tutup semua konon.. padahal.. "
Tudung labuh itu tak berdosa.
Tudung itu amanah Allah padanya.
Tudung labuh itu tak bersalah atas dosa yang dia lakukan.
Jika dia berdosa, salahkan dirinya.
Bukan tudung yang ada di kepalanya.
Tolong,
Jangan salahkan tudungnya.
Jangan salahkan imej yang dia bawa.
Kerana Itu soal akhlaknya.
Imej yang dia bawa itu sempurna.
Cuma dia yang tidak pernah sempurna.
dia yang tak lari dari berbuat dosa.
Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.
Jangan expect terlalu tinggi.
Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya.
Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.
Cuba belajar menerima mereka.
Jika kamu tidak mahu terima perubahan dia,
Jangan lah kamu menghina imej yang dia bawa.
Kerana dia berusaha menjaga amanah Allah padanya.
Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa
Dan untuk mu muslimah,
Jangan gentar bila ada yang mengeji.
Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.
Tak semua orang akan suka perubahan kamu.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.
Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.
Kerana mereka juga manusia sepertimu.
Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kamu rebah.
Ini namanya medan.
Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.
Jangan lembik.


semoga kita kuat untuk terus berubah menjadi yang terbaik di sisi Allah
in shaa Allah ^_^

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak


Salam.. hi, ho, hey. rasa sangat lifeless beno lepas habis exam. bukan apa cuti nok dekat 2 bulan. asyik makan tido je keje, lulz. memang rutin dok kumpul lemak aje kan. ahaha sedih jugak hidup ak ni. oh ye, dah lama jgk ak tak join giveaway ye dok. so, tadi ak blogwalking nmpk GA cuti sekolah. jadi untuk tdk mmbuangkan masa ak pun join teruih le apa lagi. untung sabut timbul. ye dok. hihi

Jom join reramai untuk memeriahkan GA ini, tak rugi apa pun kan. ;)

*klik banner di bawah untuk join*






Hadiah Terkumpul

Cash : RM 390


Topup : RM 195


Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2




Terima Kasih kepada Sponser




AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 



Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI