Friday, 18 December 2015

Sahabat


Sahabat.

Suasana yang tenang.
Angin yang mendamaikan jiwa.
Langit biru yang menyejukkan mata.


Kelihatan Ja sedang duduk sambil termenung melihat langit. Butir-butir air mata mengalir di pipinya.


**

"Em ja, kau okay?" tanya Haura kehairanan.

"Aku okay. Don't worry." sambil usap air matanya dengan hujung lengan bajunya seraya sengih menayangkan giginya.

"Jangan tipu. Aku kenal kau bukan sehari dua. Dah lama dah kita kenal. Kau ada problem ke? Share ah dengan aku." tanya Haura lagi. Dia berasa risau dengan keadaan Ja yang semakin hari semakin berubah. Apa yang diharapkan olehnya, Ja akan jawab persoalan di benak mindanya.

"Tak ada apalah. Aku okay." jawab Ja.

Haura jadi semakin pelik. Tanya berjela, jawab sepatah.

"Dulu Ja tak macam ni." bisik hati Haura.

"Okaylah Haura. Aku nak balik bilik. Nak solat. Kau nak ikut aku balik tak?" tanya Ja dengan suara mendatar.

Haura termenung seketika.

"Okay aku ikut kau." jawab Haura sambil mengejar Ja yang sudah jauh dari pandangannya.

**

Al-Quran di selak. Mathurat di sebelah. Ja menumpukan sepenuh perhatiannya pada Al-Quran, tanpa menghiraukan Haura yang sudah berada di sebelahnya.

Usai baca, Ja mengucup Al-Quran dengan penuh rasa syahdu. Kelihatan manik-manik air matanya jatuh.

"Ja, don't be like this. Aku tak sanggup tengok kau macam ni." luah hati Haura sejak tadi. Dia berasa tidak selesa melihat teman biliknya itu asyik menangis.

"Sungguh, kau nak tahu kenapa?" tanya Ja sambil tersenyum.

"Ya, i really want to know." jawab Haura bersungguh-sungguh.

"Apa yang kau rasa, bila someone yang kau anggap sahabat dunia akhirat hattal-maut, dia tinggalkan kau saat kau sedih, dia tak ada di samping kau saat kau futur, dia tidak memahami apa yang kau alami?" tanya Ja pada Haura.

Haura berfikir panjang.

"Bagi aku, tak lain tak bukan, sedih sangat. Ni pasal sahabat ke yang buat kau berubah?" jawab Haura.

"Berubah?" gelak kecil Ja kedengaran.

"Apa yang aku berubah, Haura?" tanya Ja. Seolah-olah soalan itu kelakar baginya.

"Kau dah tak macam dulu.
Dulu kau seorang gadis yang mudah terhibur, suka buat kelakar dengan kawan-kawan, mudah ramah dengan orang sekeliling, happy go lucky. But now, kau makin pendiam. Dan jarang sangat kau bercakap." luah hati Haura yang terbuku di hatinya.

"Pemerhati sungguh kau ni aha. Serius ke aku berubah centu? Em." jawab Ja.

"Yup. By the way, aku kan rakan sebilik kau. Takkan tak mau share dengan aku?" tanya Haura lagi.

"Haura. Look. Tak semua benda kena cerita pada orang. Hatta kawan baik sekalipun. Because of she can backstabber. Dan aku tak nak benda tu berulang kembali. Seriously, aku penat. Aku percaya pada orang but depa buat aku macam ni. Maaf cakap. Hati aku dah cukup tawar dengan "sahabat". Apa ertinya jika ungkapannya manis di bibir tapi tingkah lakunya sepahit dihati. Sudahlah. Aku rasa leave me alone. Aku tak perlukan sahabat. Who can stay, yeah she's the one. Aku tak nak manusia hipokrit. Once kita dah terlalu baik hatta orang pijak-pijak kepala kita. Dah tiba masa untuk aku bangkit dari semua ni. Maybe aku hidup memang tak dihargai dan adakalanya aku fikir, baik aku pergi mati. Selama ni orang buat aku, aku diam je. Aku dah lama pendam benda ni weh. Penat ah Haura. Tapi kau tahu, Allah, Haura. Allah. Allah lah yang pujuk aku semua ni bahawa setiap manusia akan hadir dan pergi. Kerana Allah hanya mempertemukan, tapi Allah tak janji bahawanya ianya berkekalan. Kita kena sedar bahawa manusia akan mati dan Allah lah yang hakiki. Selama mana aku diam ni, aku pujuk hati aku. Walaupun orang tinggalkan aku, aku tetap sabar dan terus senyum. Walaupun hakikatnya hati meronta hiba. Tapi siapa yang mengerti selain Ilahi, kan? Aku rasa. Lebih baik sahabat itu ialah Allah, Rasulullah, Al-Quran dan keluarga. Aku rasa cukup semua tu dah. Aku tak perlukan sahabat irl yang suka sakitkan hati aku dalam diam.
Sebab tu aku jadi macam ni." luah Ja sambil menangis. :')

"Ya Allah. Tabahnya kau. Kalau aku jadi kau. Aku tak boleh ah. Sadaqta. Manusia akan hadir dan pergi. Tapi kau tak boleh terus macam ni, ja. Sampai bila nak jadi macam ni?" risau Haura.

"Sampai aku mati, kut. Hm." jawab ja sepatah.

"Ja, don't worry. One day, kau akan jumpa juga insan yang terbaik dalam hidup kau. Sama ada sahabat yang sebenar-benarnya atau Allah akan sediakan lelaki yang bakal merawat luka di hati kau dan diisi dengan cinta Ilahi. Dah ja, senyum ya?" pujuk Haura.

"Terima kasih sebab sanggup dengar bebelan aku ni. Once kalau kita dah terlalu memendam, akhirnya terluah juga. Sejuk hati, tenang diri aku ni." luah hati ja.

"Sama-sama. Du'akan aku supaya aku dapat jadi kuat macam kau, tau ja? Em ja, kau lapar tak? Dari tadi perut aku nyanyi lagu rock. Hihi." seloroh Haura.

"Nope. Don't be like me and be more better than me, okay? Lapar ya? Alololo kenapa tak cakap tadi? Okay-okay. Jom siap. Kita pergi makan. Hari ni aku belanja kau.. Em aiskrim? Nak?" tanya Ja sambil tersenyum.

"Naaaakkkk !! Yeayy yeayy ja belanja eskem. Yahooo !!" lompat keriangan Haura.

"Amboi kemain eh suka. 😏 Dah jom-jom."

** tamat **

Kalau aku dah mula cakap "Uhibbuki Fillah" pada kau, hargailah dan ketahuilah bahawa aku betul² maksudkan ia.

Buat semua bergelar khalifah.

"Andai satu hari nanti, Allah tarik aku, kau akan tahu apa itu redha. Dan kau tak akan tanya kenapa dan mengapa. Cuma, aku nak satu je. Doakan aku selalu. Lawat kubur aku sentiasa. Dan semoga berjumpa di Syurga nanti. Ukhuwah fillah."

Suatu masa.
Kau kena biasakan menyendiri.
Menyendiri dari semua orang.
Untuk persediaan.
Di alam barzakh nanti.

Dan.
Untuk kau mencari ketenangan.
Dari kesedihan duka dan lara.
Yang dilontarkan oleh manusia.
Kau akan rasa.
Dalam dakapan Allah.
Sentiasa.

Moga Allah redha."

Dan untuk yang terakhirnya,

Sahabat.

Terima kasih kerana pernah hadir di sisi.
Terima kasih juga pernah menjadi penyeri hati.
Syukran untuk segala kenangan.

Kamu.

Aku tinggalkan dalam jagaan Allah.

:)

@ananorhafiza
- langitbiru.

20 October 2015
2.52 pm.

Notabulan: Ak dapat post ni dari whatsapp. Bila dah baca memang menusuk tepat ke hati. ak rasa sama mcm ja dlm cerita ni. huhu.



Tuesday, 6 October 2015

Sebuah pengharapan

Sebuah pengharapan. Kadang hairan. Kadang keliru. Kadang aneh. Kadang pelik. Kadang tertanya². Kenapa orang lain boleh buat, aku tak boleh? Kenapa orang lain dapat, aku sekadar melihat? Hanya sekadar duduk. Dan memerhati. Perit. Allahu.. Kadang. Rasa macam. Tak adil. Rasa macam. Kenapa tak boleh. Tiba² teringat pesan Dia, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” Qs. Al-Baqarah : 216 Senyum. Pesan pada diri. Allah tahu apa yang terbaik. Kesat air mata. Dan tabahlah wahai hati. Ada ganjaran buat orang² yang sabar. Moga hati lebih kuat !! - langitbiru. Notabulan: Final exam is coming soon!

Saturday, 20 June 2015

Sesekali



Sesekali Allah uji kita,
Tapi kita cakap,
Aku tak pernah bahagia.

Sesekali kita menangis,
Tapi kita cakap,
Aku jarang ketawa.

Sesekali kita kecewa,
Tapi kita cakap,
Aku tak pernah berjaya.

Banyak nikmat Allah yang kita lupakan,
Tapi ujianNya yang sedikit itu,
Yang kita hiraukan.
Di mana syukur kita?

Sedangkan hakikatnya,
Ujian itu juga,
Adalah salah satu rahmat,
Dan tanda kasih Allah,
Pada kita...

sekian.

muchlove,
Syaina.

Notabulan: #NOTETOSELFTOO

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan!



Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Selamat datang kepada bulan yang memberikan seribu satu kebaikan dan manfaat yang tidak ternilai. Hanya mereka yang dirahmati-Nya akan merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadahan ini. Kisah-kisah di bulan Ramadhan tidak dapat disangkal telha menjadikan kita umat Islam sebagai umat yang dirahmati dan diredhai-Nya.

Ada 4 golongan manusia yang ditolak ibadah puasanya sepanjang bulan ramadhan iaitu:

-Golongan yang suka minum arak.
-Golongan yang derhaka kepada ibu bapa.
-Golongan yang memutuskan silaturrahim.
-Golongan yang sudah melebih dari 3 hari tidak bertegur sapa(dengan org yang dikenali) diantara satu sama lain disebabkan perselisihan faham.

Nauzubillah.. Semoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan ini. Amin.

sekian.

muchlove,
Syaina.

Notabulan: Jaga iman, jaga hati, jaga diri :-)

Wednesday, 3 June 2015

Welcome June



Half a year gone,
Welcome June! :D

Okay. there we go. um tetiap bulan memang ak ak mulakan dengan entry pembukaan bulan ni. nak menyambut katanya. ntah tetiba rasa mcm wajib pulak buat entry tiap2 masuk bulan baru. hewhew. boleh tengok entry lepas2 kalau tak caye setiap bulan ak update. sanggup kauuu. eceh

Permulaan bulan june memang ak suka. muehehe. sebab apa? absolutely sebab cuti sekolah. bukan seminggu tp dua minggu. haaaa heaven bukan. yg tak heaven bila kau lifeless mereput kat rumah tak tau nak buat apa. ha time tu baru la merengek nak rindu sekolah pe semua. Dah tu nak pi sekolah bkn sbb nk belajar sgt tp sbb nak jumpa kawan. ha! mengaku! Ak tau sbb.... ak pun sama. kahkah hashtag typical student.

Oh ye, bulan ni birthday my beloved mum. yup, nak kena buat reminder kat phone sesiap ni. Bulan ni jugak rasanya ak kena tingkatkan usaha untuk final exam. mmg tengok mcm lmbat lagi kan. tp trust me masa tu berlalu sekejap je. tak boleh study last minute lg. nnti jadi mcm mid-year exam teruk nooo result. Last but not least, bulan ni ak nak try kuruih kan badan. acewah padahal bulan2 lain pun boleh jugak. hoho.

That's all.
Half a year gone,
Welcome June! :D

sekian.

muchlove,
Syaina.

Tuesday, 2 June 2015

First Time Hiking (Bukit Broga)



Assalamualaikum. *phewphew* tiup habuk. mak aih janggal pulak rasa tetiba okeh haha. busy bebenor katanya smpai tak sempat nak update blog. tak la, actually ak tengah cari cerita yg best nak dikongsi. kang ak menghoyan pasal life ak kang tak pasal2 kena balik telur busuk. ok "lurus ke mata" a.k.a straight to the point.

Nak dijadikan cerita kwn ak ajak gi bukit broga sbb makcik dia yg uruskan program tu. Ak pun setuju lah. Ak dah lama nak gi cuma takde rezeki. Dh lah jrg gi holiday. pity me. So untuk merasmikan cuti sekolah pertengahan tahun ni ak mulakan dengan menjoinkan diri buat aktiviti lasak gi daki bukit broga. Bermanfaat apa kan? dari mereput kat rumah tak buat apa. Kahkah.

Pukul 4.30 pgi I guess kitorang start mendaki. masa nak gi ak rasa takut sikit sebab gelap bebenor. nasib baik ada headlamp. kitorang kena jalan ikut group. atfirst, ak boleh ikut line diorang. lama2 eh ak tertinggal kat belakang. tercunggap2 penat wei. macam tak cukup nafas. nasib baik ada akak fc tolong. klau tidak mmg bye2 ah ak sorang kat belakang. then, ak rest kat tepi sekejap. then teruskan mendaki. Actually sebelum ak decide nak pegi, ak ingat bukit ni ada mcm tangga kecik so cam senang je nak naik. hoho what do I'm thinking memula. Ghupenya cenggitu. Ada lah rasa menyesal sikit tapi perjuangan harus diteruskan. Ewah.

Ak berhenti dlm 3 kali kat tepi. lepastu sampai kat atas. bila ak pandang tepi baru perasan permandangan cantik sgt. subhanallah. kat atas tu ada space utk kitorang solat subuh. jadi kitorang solat subuh kat situ. Ak ingat dah sampai tau lepas solat boleh rilex kat situ je. huh ghupenya ada lagi. kena sambung naik sampai puncak. Berapa minit lepastu sampai dah puncak. Finally, huuuu rasa nak nyanyi lagu we're the champion! we're the champion!~ pastu nak cucuk bendera malaysia. acewah bukit je pun syaino bukan gunung. Haha first time lah katakan. Ak solute dengan org yg daki gunung. *tabik spring*

Dalam pukul 7.00 pagi dpt tengok sunrise. wuuuu so nice. first time dpt tengok dari puncak. berbaloi lah bangun awal pagi. rasa release tension sekejap tgk sunrise. Ak sempat lah ambik gambar sikit. sejuk je angin kat atas tu. kalau boleh ak taknak turun. tp tulah 'dah pandai naik, pepandai lah engko turun ye' tak boleh lelama sgt kat atas sbb ramai org. so kitorang turun dengan berhati-hati. sepanjang turun bukit tu ak jatuh 3 kali. jatuh mcm nangka busuk bak hang. kahkah. eee jatuh itu normal lah hang gelak pasaipa. malu ai tau dok.



Alhamdullillah dah smpai kat bawh dalam 10.30 pagi. lama jugaklah sebab asyik berselpi kat atas. bukan selalu kan nk dtg. Anyway mendaki bukit ni quite mencabar tapi seronok. rasa sangat berbaloi bila dah sampai kat atas. Trust me! ;)



sekian.

muchlove,
Syaina.

Friday, 22 May 2015

Finally, Its Over!



Wohoooo. selepas pung pang pung pang bertarung menjawab soalan periksa maka harini hari last for exam. perghhh heaven. lega. bebas. cewah ckp macm last day jwb espiyem pulak. kohkoh. mana taknya masuk f4 ni mcm2 'kejutan budaya' sikit.

dulu selalunya exam one week je but now dlam dua minggu. tp ak dah kira bersyukur la sbb my friend yg sekolah lain ada yg sampai tiga minggu. Wuu! TIGA MINGGU okeh! jgn memain. Bila periksa ada yang satu subjek sampai tiga kertas. And ak perasan kertas 1 dia part essay and subjektif. masa f3 yg tu kertas 2. Eh ntah la. ak pun dah lupa akibat terlalu bnyak menghadap kertas katanyaaa. kitorang semua terkezut plus gelabah engko.

So, my expectation to this mid-year exam? Absolutely, nothing. hahaha. I'm just going with the flow. Ak pasrah berserah jelah. Dah takleh nak buat apa puns. My target for math atleast pass pun dah hancusss. aisehman. yang lain lagi ah acane agaknya. taknak tau pun kalau boleh. mmg jgn haraplah nk dpt top 3 ye syaino. ha nampak. nampak tak. okbai *gaya kak engku* hahaha ok meghapu disitu

sekian.

muchlove,
Syaina.

Notabulan: Novel Mu Tunggu Ak Datang!

Saturday, 16 May 2015

Sabarlah Cikgu



Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu.

sekian.

MuchLove,
Syaina

Notabulan: happy teachers day to all the teacher including my mom who has taught me something in my life. Thanks for everything! ;)

Tuesday, 12 May 2015

Orang kita kata... tapi



Orang kita kata
kalau dah ada rezeki baru kahwin,
tapi orang Islam kata
nak tambah rezeki kena kahwin.

Orang kita kata
nak senang kena banyak
simpan duit,
tapi orang Islam kata
nak senang kena banyak
keluarkan duit atau sedekah.

Orang kita kata
dah kaya
baru bantu orang miskin,
tapi orang Islam kata
kalau nak kaya
bantu orang miskin.

Orang kita kata
makan sampai kenyang,
tapi orang Islam kata
berhenti sebelum kenyang.

Orang kita kata
sakit itu bala,
tapi orang Islam kata
sakit itu penghapus dosa.

Inilah keindahan Islam
yang sentiasa positif,
yang bersandarkan
keyakinan tinggi kepada Allah.

Allah Maha Mengetahui.

sekian.

MuchLove,
Syaina.

Sunday, 3 May 2015

Langkah Cahaya

Sajak ni is not mine. I think it just a nice sajak to share just like my situation right now. :):

Oleh: Izzy Hafiy

Langkahku sepi,
Jauh berkelana seorang diri,
Jiwaku kosong tanpa penghuni,
Demi langkah ku susuri,
Namun arah tiada destinasi.

Saat aku dipukul resah dilambung badai,
Kelibat teman entah kemana,
Masyrik lalu ke maghrib,
Daksina lalu ke paksina,
Bi'at demi bi'at ak duduk bersinggah,
Yang ku temu hanyalah rawan.

Yang ku cari semega,
Yang ku dapat hanya sekampunhg kuman,
Ku masih berjalan,
Meninti impi sekaya,seindah, dan setinggi.

Kala ku tersadung,
Ku bangkit semula,
Langkah cahayaku mencari NYA,
Masih tertanya akan,
Bila derapanku kan diwarnai semula,
Kini ku yakin pasti,
Langkah ku kini dalam cahaya.

Moga kan gemilang,
Diterangi sinar cemerlang.

sekian.

MuchLove,
Syaina.

Friday, 1 May 2015

Welcome May


New month,
New day,
New date,
New chapter,
New page,
New wishes!
Welcome May!

Thursday, 23 April 2015

Sejenak...


Sejenak...
Aku merenung masa depan..
Terkadang jauh aku membawa diri menyelusuri jalan-jalan silam
Lama aku bermonolog mencari buah-buah fikiran
Hingga akhirnya aku tersedar........

SUDAH BEGITU JAUH PENTAS DUNIAWI INI KU RENTASI!

Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku perolehi Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan
Terkadang aku tertawa bahagia dengan anugerah-Mu
Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu
Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku
Ada begitu banyak nikmat-Nya yang aku dapat
Ada begitu banyak rahmat-Nya yang aku dakap
Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku
Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku

Semuanya menjadi satu..
Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi
Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sdikit aku memberi pada-Nya
Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tidak betah diuji tuk kesekian kali
Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa.. lalu kesemua ini milik-Nya.

Akhirnya..
yang hanya aku punya...
sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya
Sebuah tangisan tanpa bicara..
tanpa suara..
tanpa rintihan..

Aku hanya mampu menangis..
menangis..
dan menangis dalam sujudku.

Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,
Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..
Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak bisa aku ungkapkan dengan bicara kata.

Hanya satu yang ku pohon...

"Tuhan....tolong jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma. Kerana aku tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatian-Mu. Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah. Tidak mampu aku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..Tidak mampu aku kuat terus Ya Allah. Andai Engkau tiada di sisiku"

Di setiap kali aku memerlukan-Mu
Kulihat langit-Mu yang terbentang luas..
Dapat kurasakan selaut cinta-Mu yang meluas untukku
Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku

Tuesday, 21 April 2015

Saturday, 11 April 2015

MAQ



Assalamualaikum. pe habaq semua? lama bonar eden dok update blog. ye dok. so harini ak nak update. sweet memories haruslah diupdate. ecewah bukan ada org kesah pun kan haha.

okay la ekceli ak baru balik dr MAQ sekolah ak. Ok MAQ tu apa? MAQ tu sejenis makanan. ceh makanan aje kauuu syaina. tak la. MAQ tu majlis anugerah kualiti/quality. ok abaikan kenapa tetiba Q belakang dia ikut cam omputih. ak taktau menau kenapa. so don't ask me. lel itu pun nak dijadikan isu. kahkah

Majlis ni kira nak menghargai kecemerlangan pelajar. katanya. buat setahun sekali. ala tetiap sekolah pun buat. I've been waiting for this for like 3 years you know. and then zappp! ak dpt no 2 dlm ujian March. dapat kad jemputan for MAQ. syukur. alhamdullillah.bersyukur la even tk dpat anugerah for pt3. takpe slow2. inshaallah ak akan target utk espiyem next year pulak! Chaiyok!

Oh ye. pagi tadi semua berjalan lancar. dpt jumpa ma friend yg dah pindah. dia dtg utk ambik anugerah utk pt3. omo so happy. rinduuu. kalau ak tk dpt gi ni. ntah bila ada peluang nak jumpa. haaa. yg ak pelik tu majlis ni habis cepat gilos. eheh lg cepat lg bagus sebenonya hiks

sekian.

Lots Of Love,
Syaina.

Notabulan: dapat hadiah pin kecik logo sekolah je but still bersyukur dari tak dapek pape kan. ha.

Sunday, 5 April 2015

Welcome April



Its April…

And…

I'm a bit late to post this entry...

After all, this is the month that we all hate!

April 2015 we hate...

Because it is GST month…

And the next-next month too.

Oh…

So many hopes and expectations…

Innumerous dreams and aspirations…

Let me welcome the Autism Awareness...

Scariest and the cruellest month of all times!

Sekian.

Lots Of Love,
Syaina.

Sunday, 29 March 2015

Wordless Sunday #5

Assalamualaikum. harini ak tak berapa sihat sikit. demam plus sakit tekak. faktor cuaca maybe. semua makanan takde rasa pape. tak lalu nak makan. stghes okeh. ak dah la kuat makan. eceh ha ha sokay. back to topic. entry ni wordless sunday yang ke berapa tah tak ingat pulak ak.

So harini ak nak share dengan korang macam mana nak balut hadiah tanpa guna pembalut hadiah! ha curious kan! DIY! but first hadiah tu mestilah berbentuk square or rectangle.

Sebab apa? sebab kita guna benda utama nak balut hadiah tu guna baju kemeja je. yes baju kemeja. baju yang lengan panjang pun boleh. sebab tu la ak kata kalau bentuk hadiah tu selain square and rectangle mcm tak berapa nak sesuai nak balut guna baju tu. tapi tak tau la kalau korang try bentuk lain tu menjadi. wahaha cam pelik je.

Boleh cuba ikut macam gambar kat bawah ni:



So rasanya lepas ni dah takde masalah;

"Alamak dah beli hadiah, terlupa nak beli pembalut hadiah pulak. Takkan nak bagi macam ni. Tak surprise la nanti. huaaa"

Plus bila kita bagi orang hadiah tu. hadiah tu 2 in 1. hadiah + baju tu sekali. haaa kreatif dok? penat dah ak membebel apalagi DIY! ak pun nak try lepas ni.

Sekian.

muchlove,
Syaina.

Notabulan: tengah menghabiskan novel "Dia... Mr Model."

Thursday, 26 March 2015

Menang Tapi Kalah



Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Yang menang..
cuma ego diri sendiri.

Yang susah..
mengalahkan ego diri sendiri.

Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. Wallahua'lam.

sekian.

much love,
Syaina.

Notabulan: done cuci gigi isnin haritu. sakit gila aih! huhu.

Sunday, 22 March 2015

Review Novel: Andai Itu Takdirnya



Assalamualaikum. okay kali ak nak review novel last yang ak pinjam kat library sekolah tu ha. which is novel Andai Itu Takdirnya. ak rasa cam fimiliar plk nama novel tu. rupanya buku ni dah keluar drama adaptasi novel. lakonan Fizo Omar dgn Nelydia Senrose. tapi ak tak tengok pun. haha. last ak tengok drama kt tv 3 tu PISA je. drama2 yang keluar lepastu memang ak tak tengok. kikiki. Alhamdullilah sempat pun baca novel ni :-)

Review/Pendapat tentang novel ni:

Kisah kehidupan antara Syed Adam Aizril bin Tan Sri Syed Abbas dan Nur Aleya binti Idris. Apa yang boleh ak kata, cerita ni sgt2 sedih.disebabkan pbezaan darjat/ kturunan/pangkat, yang jadikan seseorang 2 lupa diri, ego n bongkak. Aleya n Syed Aizril ni lanjutkan pljaran dkt luar ngra.

Aleya ni antara rbutan n dia pndai.Syed Aizril pun mcam agk tcabar.nk djadikn cerita, Aleya kbtolan dpt krja dkt syarikat kluarga Syed Aizril. byk la insiden yg jadi antara diorg. Syed Aizril tpksa khwin ngn Aleya lps diorg kna tgkap basah. Itu pun ats pksaan Syed Abbas sbb nk jga mruah n rputasi syarikat. diorg kna ni pn sbb Faizal a.k.a kwn Syed Aizril sndri yg prgkap diorg.

Kisah rumahtgga diorg sgt2 la mnydihkn. Aleya mmg tseksa zahir n batin. tmbah plak, Puan Sri Syarifah Aishah pn cm tak berapa nk ska dkt Aleya. disebabkan ego n rasa tercabar, Aleya drgol suami sndri. korg dpt bygkn x cmna? teruk kn. hsilnya dia mngandung. masa mngandung pn, dia tmpuh suma mslh sorg2. nasib baik kwan baik dia, Umairah n Ikram byk tlg. msa Aleya dh sarat, ada 1 kjadian jd.

scra pribadi nya, ak rasa Syed Aizril sorg lelaki yg bsifat binatang, kejam n tdakbperikmnusiaan! Dania n Danish dlhirkn tp si adk, Danish tak sesihat Dania n mnggal dnia. Aleya balik semula lps Syed Aizril kmlangn teruk. byk la konflik yg jd antara watak Aleya, Umairah, Syed Aizril n Ikram. Aleya balik demi msa dpn Dania sbb Aleya tau dia tak mgkin hdup lama. Syed Aizril rs tcabr n kjdian lma brulang msa Aleya tgh mngandungkn Danny n Darwin. masa ni ada satu bnda jd dkt Syed Aizril n dia brubah 100%

Overall,
sangat-sangat best cuma konflik bnyak berulang.

ak nak kasi 4/5 bintang for this novel. wehee. you guys pun should read this novel too. :-)

Sekian.

much love,
Syaina.

Notabulan: Holiday gonna end! huhu.

Friday, 20 March 2015

Hati kita ni...



Hati kita ni macam tasik.

Cuba bayangkan kita cedok secawan air tasik. Nampak tak berkurang langsung kan? Sebab secawan tu kecik. Hatta sebaldi air kita ambik pun, tasik tu nampak biasa je. Tak terasa kurangnya.

Tapi hakikatnya,
air tasik tu kurang secawan. Kurang sebaldi. Logiknya la kan?

The same goes bila kita tuang
secawan air dalam tasik. Nampak bertambah ke?? Tapi hakikatnya air dia lebih secawan dari sebelumnya.

Hati kita macam tulah. Bila kita buat dosa, kita tak nampak apa-apa. Tapi sebenarnya satu titik hitam dah lekat dalam hati. Kita tak rasa apa-apa. Sebab dia kecik je.

Dan, kalau kita istighfar, kita tak rasa apa-apa.
Tapi sebenarnya satu titik hitam dah hilang!

Jadi, teruskan ‘mencedok’ keluar dosa dari hati kita. Kita mungkin tak nampak significance of istighfar.

Tapi sebenarnya kita hapuskan titik hitam dalam hati kita. hebat kan?

Hati kita selalu dicemari titik-titik hitam oleh dosa yang kita buat.

Justeru, kerja pembersihan kena buat selalu!

Sekian.

much love,
Syaina.

Notabulan: (...استغفر الله)

Review Novel: Tak Secantik Husna



Ok buku ni ak 'recyle' dari kawan ak. hoho maksudnya kawan ak pinjam buku ni dari library, dia dah habis baca then ak mintak sbb ak nak baca pulak sebelum dia pulangkan balik kat library. Ak habis baca ni dalam 3 hari. yes! one more novel to go before holiday end. wehee

Review/ pendapat ak tentang novel ni:

Penyusunan cerita dalam novel ni okay bagi ak. Hariez ni disuruh memilih antara 7 cucu mak toknya untuk dijadikan isteri. Ak cuma tak berapa suka dlm novel ni bila ada part yang tak sensitif halam haram. boleh pulak pegang tangan before kahwin. kata Hariez baru balik dubai kunun. apa ni. lepastu Tija dalam cerita ni terlalu bebas pergaulannya. even dengan sepupu kena la tau batas terutama dengan sepupu lelaki. hamboi hamboi hamboi. no no no. jangan manja terlebih. hahaha. tajuk novel ni kan "Tak Secantik Husna" ak ingat Husna watak utama dlm novel ni ghupenya idok. Kebanyakkan Tija. watak Husna sikit-sikit je. so dah boleh predict yang si Hariez ni ak pilih mana satu antara 7 orang cucu mak tok. ada sikit2 conflict which is buat ak nak baca sampai habis. Overall, not bad.

Ak nak bagi 2 setengah bintang for this novel. :-)

Sekian.

much love,
Syaina.

Nota bulan: NEXT NOVEL- (ANDAI ITU TAKDIRNYA)

Tuesday, 17 March 2015

Review Novel: Single Unavailable



Buku ni dah published lama dah masa tahun 2011 cuma ak je berkesempatan baca tahun ni. pity me. lulz. masa form 1 in 2012 ak ada nampak seorang hakak ni baca buku ni. wuuu teringan nak pinjam kat dia do tapi ai malu nk ckp. eceh katanya. so fast foward to this year, dalam ak membelek buku kat library ternampak buku ni. Yayeye! akhirnyaaa. betul lah orang cakap kalau ada jodoh tak kemana.memang kita berjodoh ye buku? ok menghapu menghaban disitu. kahkah. sempat jugak lah 'culik' beberapa buah buku lain untuk ak baca this holiday. will review another books yang ak dah pinjam nanti.

Ok back to the topik,

Taqiah, 17 tahun, merupakan gadis miskin yang juga seorang ketua pengawas di SMK Syed Ahmad. Rakan baiknya bernama Arina. Taqiah sering mendapat tempat pertama dalam setiap kali peperiksaan dan terkenal dengan kecantikan serta ketegasannya. Bakal menghadapi SPM tetapi tidak ingin menekan diri sendiri sebaliknya belajar dengan cara yang sistematik dan proaktif serta sentiasa beribadah.

Melalui insiden di sebuah pusat beli-belah, dia bertemu dengan Latif Marwan Rusydi. Pertemuan itu berbaur pertengkaran kerana telefon bimbit kedua-duanya tertukar. Saling membenci satu sama lain. Mereka bertemu di sekolah apabila Marwan mendaftar sebagai pelajar baru.

Kedua-duanya lambat laun mulai menjalinkan persahabatan, terutama setelah jejaka itu menolong Taqiah yang diganggu samseng jalanan. Sifat Marwan yang hanya tahu bersenang-lenang jauh sekali berbeza dengan Taqiah yang gigih dan baik. Perlahan-lahan, Marwan mula menaruh hati kepada Taqiah. Sifatnya yang selalu ingin mempertahankan kebenaran berjaya merembat hati jejaka itu. Meskipun Marwan hidup dalam kemewahan, dia suka membantu orang yang kesusahan.

Mutharah, adik kepada Taqiah, sangat menyayangi kakaknya. Setelah mengetahui dia menghidap kanser, dia merahsiakannya dari pengetahuan kakaknya. Dia tabah menerima takdir Allah. Sedar dirinya miskin, dia hanya membiarkan penyakitnya itu. Menyukai Marwan tetapi akhirnya sedar bahawa jejaka itu mempunyai perasaan sebaliknya. Apabila Mutharah meninggal dunia, Taqiah begitu sebak dan sedikit terkilan kerana Mutharah merahsiakan penyakitnya tetapi akhirnya sedar tentang kasih sayang adiknya yang begitu mendalam dan setiap hari terpaksa menanggung kesakitan yang amat.

Kehadiran Abang Rifqi sering menghalang Marwan dalam melaksanakan apa pun kerana abangnya jauh lebih pintar dan disayangi ibu bapanya. Meskipun begitu, Abang Rifqi sering alpa terhadap ajaran agama dan sentiasa ingin mendapatkan apa yang dimahukan. Berlagak dengan nikmat duniawi yang diperoleh tetapi sering bersandiwara di hadapan Taqiah. Perasaan cemburu dan iri hati akan keakraban Taqiah dan Marwan membuatkan mereka sering dilanda konflik.

Setelah kematian Mutharah, muncul seorang gadis yang mirip sekali dengan Mutharah. Rentetan senario, Taqiah cuba memenangi hati gadis yang keras itu walaupun dilanda pelbagai cabaran. Marwan pula cuba memenangi hati Taqiah yang akhirnya sedar bahawa hati Taqiah tidak mungkin terbuka untuk berpasangan kerana menuruti syariat Islam.
--------------------------------

kenapa korang kena baca buku ni?

ak copy paste jelah ye. hihi

"Sebab novel ini berlandaskan motivasi dan syariat Islam. Ia mengisahkan perjalanan anak muda yang menghadapi konflik kehidupan, pelajaran dan cinta. Selain itu, Single Unavailable juga menunjukkan bagaimana caranya untuk anda mengatasi cabaran serta dugaan yang datang berlandaskan hukum hakam agama. Buku ini amatlah sesuai dibaca oleh remaja-remaja dan juga ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal dan pertengahan remaja."

haaaa gitu.

overall,
tak bosan. islamik. dan best.

so ak nak bagi 3/5 bintang for this book. :-)

Sekian.

much love,
Syaina.

Notabulan: NEXT NOVEL (Tak Secantik Husna)

Monday, 16 March 2015

NOURAIN GORGUES GIVE AWAY

http://ainarahimar.blogspot.com/2015/03/gorgues-give-away-assalammualaikum-hari.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih


As-Salam
 
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang



Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Thursday, 12 March 2015

Feeling sick



Demam.

Lepas satu satu,
penyakit datang.

Batuk,
Pening kepala,
Demam.

Dengan orang sekeliling,
Haih.
lagi,
menambah sakit kepala.

takpe2,
allah uji tanda allah sayang.

salah diri sendiri,
sebab
tak reti jaga kesihatan.

hm sabarlah,
sakit itu penghapus dosa kecilmu,
syaina.

ya allah,
ak mohon.
kurangkan rasa sakit yang teramat ini.

Amin.

much love,
Syaina.

Wednesday, 11 March 2015

Wordless Wednesday



I’m thinking that sometimes you just have to make the decision to be happy. Just realize that things aren’t ever what you hoped they’d be. Not ever. For anybody. The only thing that separates one kind of person from another is that there are some who stay angry about it and there are some who accept what comes their way.

sekian.

much love,
syaina.

Notabulan: alhamdullilah, result march test not bad.

Sunday, 8 March 2015

Saturday, 7 March 2015

Biskut apekah?

Assalamualaikum.












Hahaha. ada jugak yang jual biskut & keropok ada berlabel ceni. kreatif sungguh hang. betul ke boleh memikat pe semua ni. kalau betul eden nak beli borong. murah2 je ni. eh (?) lulz kohkoh

Thursday, 5 March 2015

Untukmu teman...


 
“Saat kita keseorangan, Allah kurniakan sahabat yang sanggup lapkan air mata ujian, air mata sedih, air mata kecewa. Bangkit agar maju ke hadapan. Satu check point sudah lepas, di hadapan sana nanti pelbagai halangan yang perlu di hadapi. Percayalah, Allah itu Maha Adil. Jatuh tersungkur sekarang, bangkitlah kembali kerana Sang Ilahi.”
-anonymous-
 
 
kadang-kadang kita berdoa untuk kuat.
tapi banyak pula dugaan yang datang.
kadang-kadang kita minta cerdik,
tapi masalah pula yang bertandang.
kadang-kadang kita minta kebahagiaan.
tetapi huru hara pula disandang.
dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah membuatkan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah.

SUBHANALLAH! betapa hebatnya ALLAH!
semua aturannya ada hikmah tersembunyi.

Kita je yang tak nampak kan.
Perjuangan tidak akan terhenti di sini.
Kau mesti percaya kau kuat okay!
Nak berjaya mestilah kena rajin.
Jangan malas2.
Nanti nyesal tak sudah.
Macam ak.
Hm.
 
Semoga kau berjaya di dunia dan di akhirat.
InshaAllah
*satu tembakan doa untuk kau
walau dimana kau berada.

Jangan lupa doakan ak sekali ye.
Thankyou.

Bagi kau yang dah berjaya,
jangan lupa BERSYUKUR.
nikmat Allah kat dunia ni sementara je.

oh, lagi satu pesanan..
NIAT kau kena betul.
kerana ALLAH
Ni penting.
tu je nak pesan.
 
 
Sekian.
 
Lots Of Love,
Syaina.
 
Notabulan. Just finished march test! wehee.
 

Monday, 2 March 2015

Happy Birthday To Me!



Assalamualaikum.

Alhamdullillah.

Thank you, God, for giving me another year of life.

Thank you for all the people who remembered me today by saying good wishes.

Thank you for all the experience of this past year;

For times of success which will always be happy memories,

For times of failure which reminded me of my own weakness and of my need for you,

For times of joy when the sun was shining,

For times of sadness which drove me to you.

Forgive me for the hours I wasted,for the chances I failed to take,for the opportunities I missed this past year.

Help me in the days ahead to make this the best year yet,

And through it to bring good credit to myself,

Happiness and pride to my loved ones, and joy to you. Amin!

Sekian.

Lots Of Love,
Syaina.

Notabulan: I'm officially sixteen! hiho

Sunday, 1 March 2015

Welcome March



Its March…

And…

After all, this is my favourite month of all!!

March 2015 is more special.

Because it is my birthday month…

Oh…

So many hopes and expectations…

Innumerous dreams and aspirations…

Let me welcome the favourite..

Loveliest and the sweetest month of all times. :-)

Sekian.

Lots Of Love,
Syaina.

Notabulan: tomorrow is first day exam plus my birthday. yay

Saturday, 28 February 2015

Kisah pemadam dan pensil


Seronok pulak baca cerita ni.
Perbualan antara pemadam dan pensil:

Pemadam: Apa khabar kawan?

Pensil: Aku bukan kawanmu.

Pemadam: Kenapa?

Pensil: Kerana aku benci kamu.

Pemadam: Kenapa engkau membenci aku?

Pensil: Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis.

Pemadam: Aku tidak padam melainkan yang salah! Kenapa engkau sibuk? Aku pemadam, ini kerjaku.

Pensil: Ini bukannya kerja!

Pemadam: Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

Pensil: Engkau salah dan sombong!

Pemadam: Kenapa?

Pensil: Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam. Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

Pemadam: Engkau masih bencikan aku?

Pensil: Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku. Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul. Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

Pemadam: Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

Pensil: Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

Pemadam memujuk: Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

*Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.*

Sahabat-sahabatku sayang
Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terima kasih?

Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.
Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek. Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

Sekian.

Lots Of Love,
Syaina.

Nota bulan: Sumber dari whatsapp.

Friday, 27 February 2015

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor













 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

Thursday, 26 February 2015

Kreatif?




 Omg. Hahaha. This!

Terlebih kreatif ke cane? hoho

Sekian.

Lots Of Love, 
Syaina.

Notabulan: tengah busy study for exam next week! huhu fighting

Thursday, 19 February 2015

IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQSPECKI


Klik-klik banner

Jom join! banyak hadiah menarik menanti!

Semoga perniagaan online ni success selalu. :-)

Mangsa tag;

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/
http://mamadarwiish.blogspot.com/
http://kasihlestariabadi.blogspot.com/
http://insekio.blogspot.com/
http://drshikinzainal.blogspot.com/
http://amirahsafiee11.blogspot.com/
http://amysigadisweird.blogspot.com/
http://officalmissyana.blogspot.com/
http://belongtomee.blogspot.com/
http://syiralokman.blogspot.com/

Sunday, 15 February 2015

Wordless Sunday #3


kan best kalau ada simbol mcm ni dalam whatsapp! hahaha pun boleh.

Sekian.

Lots Of Love,
Syaina.

Notabulan: still can't stop coughing. huhu



Friday, 13 February 2015

Can't stop coughing!


Assalamualaikum. uhuk uhuk uhuk. okay enough. lately, i cant stop coughing. serious dah mcm style batuk org tua. cewah batuk pun ada style. kelas kau mariaaa. ok hambar disitu

And its getting annoying. huwaaa. Dalam kelas tiap minit mesti batuk. huhu mianhe chingu. haih mesti bising kan but i cant control. bila try tahan tekak jadi gatal. idk why. kan best kalau batuk ada silent mode takde lah bunyi bising. eheh

Botol air dah mcm jadi peneman ak dalam kelas. Everytime batuk je terus minum air. ak dah letak minyak 'batook' kat tekak pe semua but still it remain the same. kedegilan apakah ini. hahaha. lepastu ayah beli ubat batuk hurix suruh makan. makan ke minum. hoho tah ler. tp ak ni la yang pemaleh nak makan ubat. lepastu boleh pulak minum air ais. mmg cari penyakit la kan, syaina. kuikui

So for those people yang ada masalah batuk mcm ak. Ak cadangkan korang

1) Jumpa doktor (ni kalau dah parah sangat)

2) Beli ubat batuk hurix madu cam ak tadi. Harga pun takdelah mahal sgt. Bila makan, ada rasa berangin kat tekak. kalau boleh elakkan lepas makan ubat tu jgn minum air masak terus.

3) Kalau cara tradisional pulak. hmm. cara tradisional pun boleh haha. act my mum yang bagitau caranya mcm ni;

1) ambik madu satu sudu
2) lepastu perah limau nipis (sebiji)
3) terus minum

Sehari dua kali minum.

Sekian.

Lots Of Love,
Syaina.

Notabulan: May heal faster, dearself.