Thursday, 26 March 2015

Menang Tapi Kalah



Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Yang menang..
cuma ego diri sendiri.

Yang susah..
mengalahkan ego diri sendiri.

Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. Wallahua'lam.

sekian.

much love,
Syaina.

Notabulan: done cuci gigi isnin haritu. sakit gila aih! huhu.

3 comments:

  1. sangat betul... jika di tegurlah dengan hati yang terbuka mengalah bukan bererti kalah

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  2. macam tu la ragam dunia.. kita xleh nak lari mana..

    ReplyDelete
  3. betol tuu.. inilah kehidupan skg.

    tersangatttt sedih kalau jd perkara ni. hish

    Kalau kita gaduh dengan keluarga,
    Walaupun kita menang,
    Hubungan kekeluargaan akan renggang.

    ReplyDelete

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.