Tuesday, 17 March 2015

Review Novel: Single Unavailable



Buku ni dah published lama dah masa tahun 2011 cuma ak je berkesempatan baca tahun ni. pity me. lulz. masa form 1 in 2012 ak ada nampak seorang hakak ni baca buku ni. wuuu teringan nak pinjam kat dia do tapi ai malu nk ckp. eceh katanya. so fast foward to this year, dalam ak membelek buku kat library ternampak buku ni. Yayeye! akhirnyaaa. betul lah orang cakap kalau ada jodoh tak kemana.memang kita berjodoh ye buku? ok menghapu menghaban disitu. kahkah. sempat jugak lah 'culik' beberapa buah buku lain untuk ak baca this holiday. will review another books yang ak dah pinjam nanti.

Ok back to the topik,

Taqiah, 17 tahun, merupakan gadis miskin yang juga seorang ketua pengawas di SMK Syed Ahmad. Rakan baiknya bernama Arina. Taqiah sering mendapat tempat pertama dalam setiap kali peperiksaan dan terkenal dengan kecantikan serta ketegasannya. Bakal menghadapi SPM tetapi tidak ingin menekan diri sendiri sebaliknya belajar dengan cara yang sistematik dan proaktif serta sentiasa beribadah.

Melalui insiden di sebuah pusat beli-belah, dia bertemu dengan Latif Marwan Rusydi. Pertemuan itu berbaur pertengkaran kerana telefon bimbit kedua-duanya tertukar. Saling membenci satu sama lain. Mereka bertemu di sekolah apabila Marwan mendaftar sebagai pelajar baru.

Kedua-duanya lambat laun mulai menjalinkan persahabatan, terutama setelah jejaka itu menolong Taqiah yang diganggu samseng jalanan. Sifat Marwan yang hanya tahu bersenang-lenang jauh sekali berbeza dengan Taqiah yang gigih dan baik. Perlahan-lahan, Marwan mula menaruh hati kepada Taqiah. Sifatnya yang selalu ingin mempertahankan kebenaran berjaya merembat hati jejaka itu. Meskipun Marwan hidup dalam kemewahan, dia suka membantu orang yang kesusahan.

Mutharah, adik kepada Taqiah, sangat menyayangi kakaknya. Setelah mengetahui dia menghidap kanser, dia merahsiakannya dari pengetahuan kakaknya. Dia tabah menerima takdir Allah. Sedar dirinya miskin, dia hanya membiarkan penyakitnya itu. Menyukai Marwan tetapi akhirnya sedar bahawa jejaka itu mempunyai perasaan sebaliknya. Apabila Mutharah meninggal dunia, Taqiah begitu sebak dan sedikit terkilan kerana Mutharah merahsiakan penyakitnya tetapi akhirnya sedar tentang kasih sayang adiknya yang begitu mendalam dan setiap hari terpaksa menanggung kesakitan yang amat.

Kehadiran Abang Rifqi sering menghalang Marwan dalam melaksanakan apa pun kerana abangnya jauh lebih pintar dan disayangi ibu bapanya. Meskipun begitu, Abang Rifqi sering alpa terhadap ajaran agama dan sentiasa ingin mendapatkan apa yang dimahukan. Berlagak dengan nikmat duniawi yang diperoleh tetapi sering bersandiwara di hadapan Taqiah. Perasaan cemburu dan iri hati akan keakraban Taqiah dan Marwan membuatkan mereka sering dilanda konflik.

Setelah kematian Mutharah, muncul seorang gadis yang mirip sekali dengan Mutharah. Rentetan senario, Taqiah cuba memenangi hati gadis yang keras itu walaupun dilanda pelbagai cabaran. Marwan pula cuba memenangi hati Taqiah yang akhirnya sedar bahawa hati Taqiah tidak mungkin terbuka untuk berpasangan kerana menuruti syariat Islam.
--------------------------------

kenapa korang kena baca buku ni?

ak copy paste jelah ye. hihi

"Sebab novel ini berlandaskan motivasi dan syariat Islam. Ia mengisahkan perjalanan anak muda yang menghadapi konflik kehidupan, pelajaran dan cinta. Selain itu, Single Unavailable juga menunjukkan bagaimana caranya untuk anda mengatasi cabaran serta dugaan yang datang berlandaskan hukum hakam agama. Buku ini amatlah sesuai dibaca oleh remaja-remaja dan juga ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal dan pertengahan remaja."

haaaa gitu.

overall,
tak bosan. islamik. dan best.

so ak nak bagi 3/5 bintang for this book. :-)

Sekian.

much love,
Syaina.

Notabulan: NEXT NOVEL (Tak Secantik Husna)

1 comment:

  1. haaaa novel ni macam menarik sikit.. hihi.. eh keje sepanjang cuti baca novel saja ke adik manish oi ?

    ReplyDelete

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.