Friday, 18 December 2015

Sahabat


Sahabat.

Suasana yang tenang.
Angin yang mendamaikan jiwa.
Langit biru yang menyejukkan mata.


Kelihatan Ja sedang duduk sambil termenung melihat langit. Butir-butir air mata mengalir di pipinya.


**

"Em ja, kau okay?" tanya Haura kehairanan.

"Aku okay. Don't worry." sambil usap air matanya dengan hujung lengan bajunya seraya sengih menayangkan giginya.

"Jangan tipu. Aku kenal kau bukan sehari dua. Dah lama dah kita kenal. Kau ada problem ke? Share ah dengan aku." tanya Haura lagi. Dia berasa risau dengan keadaan Ja yang semakin hari semakin berubah. Apa yang diharapkan olehnya, Ja akan jawab persoalan di benak mindanya.

"Tak ada apalah. Aku okay." jawab Ja.

Haura jadi semakin pelik. Tanya berjela, jawab sepatah.

"Dulu Ja tak macam ni." bisik hati Haura.

"Okaylah Haura. Aku nak balik bilik. Nak solat. Kau nak ikut aku balik tak?" tanya Ja dengan suara mendatar.

Haura termenung seketika.

"Okay aku ikut kau." jawab Haura sambil mengejar Ja yang sudah jauh dari pandangannya.

**

Al-Quran di selak. Mathurat di sebelah. Ja menumpukan sepenuh perhatiannya pada Al-Quran, tanpa menghiraukan Haura yang sudah berada di sebelahnya.

Usai baca, Ja mengucup Al-Quran dengan penuh rasa syahdu. Kelihatan manik-manik air matanya jatuh.

"Ja, don't be like this. Aku tak sanggup tengok kau macam ni." luah hati Haura sejak tadi. Dia berasa tidak selesa melihat teman biliknya itu asyik menangis.

"Sungguh, kau nak tahu kenapa?" tanya Ja sambil tersenyum.

"Ya, i really want to know." jawab Haura bersungguh-sungguh.

"Apa yang kau rasa, bila someone yang kau anggap sahabat dunia akhirat hattal-maut, dia tinggalkan kau saat kau sedih, dia tak ada di samping kau saat kau futur, dia tidak memahami apa yang kau alami?" tanya Ja pada Haura.

Haura berfikir panjang.

"Bagi aku, tak lain tak bukan, sedih sangat. Ni pasal sahabat ke yang buat kau berubah?" jawab Haura.

"Berubah?" gelak kecil Ja kedengaran.

"Apa yang aku berubah, Haura?" tanya Ja. Seolah-olah soalan itu kelakar baginya.

"Kau dah tak macam dulu.
Dulu kau seorang gadis yang mudah terhibur, suka buat kelakar dengan kawan-kawan, mudah ramah dengan orang sekeliling, happy go lucky. But now, kau makin pendiam. Dan jarang sangat kau bercakap." luah hati Haura yang terbuku di hatinya.

"Pemerhati sungguh kau ni aha. Serius ke aku berubah centu? Em." jawab Ja.

"Yup. By the way, aku kan rakan sebilik kau. Takkan tak mau share dengan aku?" tanya Haura lagi.

"Haura. Look. Tak semua benda kena cerita pada orang. Hatta kawan baik sekalipun. Because of she can backstabber. Dan aku tak nak benda tu berulang kembali. Seriously, aku penat. Aku percaya pada orang but depa buat aku macam ni. Maaf cakap. Hati aku dah cukup tawar dengan "sahabat". Apa ertinya jika ungkapannya manis di bibir tapi tingkah lakunya sepahit dihati. Sudahlah. Aku rasa leave me alone. Aku tak perlukan sahabat. Who can stay, yeah she's the one. Aku tak nak manusia hipokrit. Once kita dah terlalu baik hatta orang pijak-pijak kepala kita. Dah tiba masa untuk aku bangkit dari semua ni. Maybe aku hidup memang tak dihargai dan adakalanya aku fikir, baik aku pergi mati. Selama ni orang buat aku, aku diam je. Aku dah lama pendam benda ni weh. Penat ah Haura. Tapi kau tahu, Allah, Haura. Allah. Allah lah yang pujuk aku semua ni bahawa setiap manusia akan hadir dan pergi. Kerana Allah hanya mempertemukan, tapi Allah tak janji bahawanya ianya berkekalan. Kita kena sedar bahawa manusia akan mati dan Allah lah yang hakiki. Selama mana aku diam ni, aku pujuk hati aku. Walaupun orang tinggalkan aku, aku tetap sabar dan terus senyum. Walaupun hakikatnya hati meronta hiba. Tapi siapa yang mengerti selain Ilahi, kan? Aku rasa. Lebih baik sahabat itu ialah Allah, Rasulullah, Al-Quran dan keluarga. Aku rasa cukup semua tu dah. Aku tak perlukan sahabat irl yang suka sakitkan hati aku dalam diam.
Sebab tu aku jadi macam ni." luah Ja sambil menangis. :')

"Ya Allah. Tabahnya kau. Kalau aku jadi kau. Aku tak boleh ah. Sadaqta. Manusia akan hadir dan pergi. Tapi kau tak boleh terus macam ni, ja. Sampai bila nak jadi macam ni?" risau Haura.

"Sampai aku mati, kut. Hm." jawab ja sepatah.

"Ja, don't worry. One day, kau akan jumpa juga insan yang terbaik dalam hidup kau. Sama ada sahabat yang sebenar-benarnya atau Allah akan sediakan lelaki yang bakal merawat luka di hati kau dan diisi dengan cinta Ilahi. Dah ja, senyum ya?" pujuk Haura.

"Terima kasih sebab sanggup dengar bebelan aku ni. Once kalau kita dah terlalu memendam, akhirnya terluah juga. Sejuk hati, tenang diri aku ni." luah hati ja.

"Sama-sama. Du'akan aku supaya aku dapat jadi kuat macam kau, tau ja? Em ja, kau lapar tak? Dari tadi perut aku nyanyi lagu rock. Hihi." seloroh Haura.

"Nope. Don't be like me and be more better than me, okay? Lapar ya? Alololo kenapa tak cakap tadi? Okay-okay. Jom siap. Kita pergi makan. Hari ni aku belanja kau.. Em aiskrim? Nak?" tanya Ja sambil tersenyum.

"Naaaakkkk !! Yeayy yeayy ja belanja eskem. Yahooo !!" lompat keriangan Haura.

"Amboi kemain eh suka. 😏 Dah jom-jom."

** tamat **

Kalau aku dah mula cakap "Uhibbuki Fillah" pada kau, hargailah dan ketahuilah bahawa aku betul² maksudkan ia.

Buat semua bergelar khalifah.

"Andai satu hari nanti, Allah tarik aku, kau akan tahu apa itu redha. Dan kau tak akan tanya kenapa dan mengapa. Cuma, aku nak satu je. Doakan aku selalu. Lawat kubur aku sentiasa. Dan semoga berjumpa di Syurga nanti. Ukhuwah fillah."

Suatu masa.
Kau kena biasakan menyendiri.
Menyendiri dari semua orang.
Untuk persediaan.
Di alam barzakh nanti.

Dan.
Untuk kau mencari ketenangan.
Dari kesedihan duka dan lara.
Yang dilontarkan oleh manusia.
Kau akan rasa.
Dalam dakapan Allah.
Sentiasa.

Moga Allah redha."

Dan untuk yang terakhirnya,

Sahabat.

Terima kasih kerana pernah hadir di sisi.
Terima kasih juga pernah menjadi penyeri hati.
Syukran untuk segala kenangan.

Kamu.

Aku tinggalkan dalam jagaan Allah.

:)

@ananorhafiza
- langitbiru.

20 October 2015
2.52 pm.

Notabulan: Ak dapat post ni dari whatsapp. Bila dah baca memang menusuk tepat ke hati. ak rasa sama mcm ja dlm cerita ni. huhu.



1 comment:

  1. hai , ain datang singgah dan follow sini
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete

.Asalamualaikum.
.Terima kasih sudi singgah.