Friday, 22 May 2015

Finally, Its Over!



Wohoooo. selepas pung pang pung pang bertarung menjawab soalan periksa maka harini hari last for exam. perghhh heaven. lega. bebas. cewah ckp macm last day jwb espiyem pulak. kohkoh. mana taknya masuk f4 ni mcm2 'kejutan budaya' sikit.

dulu selalunya exam one week je but now dlam dua minggu. tp ak dah kira bersyukur la sbb my friend yg sekolah lain ada yg sampai tiga minggu. Wuu! TIGA MINGGU okeh! jgn memain. Bila periksa ada yang satu subjek sampai tiga kertas. And ak perasan kertas 1 dia part essay and subjektif. masa f3 yg tu kertas 2. Eh ntah la. ak pun dah lupa akibat terlalu bnyak menghadap kertas katanyaaa. kitorang semua terkezut plus gelabah engko.

So, my expectation to this mid-year exam? Absolutely, nothing. hahaha. I'm just going with the flow. Ak pasrah berserah jelah. Dah takleh nak buat apa puns. My target for math atleast pass pun dah hancusss. aisehman. yang lain lagi ah acane agaknya. taknak tau pun kalau boleh. mmg jgn haraplah nk dpt top 3 ye syaino. ha nampak. nampak tak. okbai *gaya kak engku* hahaha ok meghapu disitu

sekian.

muchlove,
Syaina.

Notabulan: Novel Mu Tunggu Ak Datang!

Saturday, 16 May 2015

Sabarlah Cikgu



Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu.

sekian.

MuchLove,
Syaina

Notabulan: happy teachers day to all the teacher including my mom who has taught me something in my life. Thanks for everything! ;)

Tuesday, 12 May 2015

Orang kita kata... tapi



Orang kita kata
kalau dah ada rezeki baru kahwin,
tapi orang Islam kata
nak tambah rezeki kena kahwin.

Orang kita kata
nak senang kena banyak
simpan duit,
tapi orang Islam kata
nak senang kena banyak
keluarkan duit atau sedekah.

Orang kita kata
dah kaya
baru bantu orang miskin,
tapi orang Islam kata
kalau nak kaya
bantu orang miskin.

Orang kita kata
makan sampai kenyang,
tapi orang Islam kata
berhenti sebelum kenyang.

Orang kita kata
sakit itu bala,
tapi orang Islam kata
sakit itu penghapus dosa.

Inilah keindahan Islam
yang sentiasa positif,
yang bersandarkan
keyakinan tinggi kepada Allah.

Allah Maha Mengetahui.

sekian.

MuchLove,
Syaina.

Sunday, 3 May 2015

Langkah Cahaya

Sajak ni is not mine. I think it just a nice sajak to share just like my situation right now. :):

Oleh: Izzy Hafiy

Langkahku sepi,
Jauh berkelana seorang diri,
Jiwaku kosong tanpa penghuni,
Demi langkah ku susuri,
Namun arah tiada destinasi.

Saat aku dipukul resah dilambung badai,
Kelibat teman entah kemana,
Masyrik lalu ke maghrib,
Daksina lalu ke paksina,
Bi'at demi bi'at ak duduk bersinggah,
Yang ku temu hanyalah rawan.

Yang ku cari semega,
Yang ku dapat hanya sekampunhg kuman,
Ku masih berjalan,
Meninti impi sekaya,seindah, dan setinggi.

Kala ku tersadung,
Ku bangkit semula,
Langkah cahayaku mencari NYA,
Masih tertanya akan,
Bila derapanku kan diwarnai semula,
Kini ku yakin pasti,
Langkah ku kini dalam cahaya.

Moga kan gemilang,
Diterangi sinar cemerlang.

sekian.

MuchLove,
Syaina.

Friday, 1 May 2015

Welcome May


New month,
New day,
New date,
New chapter,
New page,
New wishes!
Welcome May!