Saturday, 20 June 2015

Sesekali



Sesekali Allah uji kita,
Tapi kita cakap,
Aku tak pernah bahagia.

Sesekali kita menangis,
Tapi kita cakap,
Aku jarang ketawa.

Sesekali kita kecewa,
Tapi kita cakap,
Aku tak pernah berjaya.

Banyak nikmat Allah yang kita lupakan,
Tapi ujianNya yang sedikit itu,
Yang kita hiraukan.
Di mana syukur kita?

Sedangkan hakikatnya,
Ujian itu juga,
Adalah salah satu rahmat,
Dan tanda kasih Allah,
Pada kita...

sekian.

muchlove,
Syaina.

Notabulan: #NOTETOSELFTOO

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan!



Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Selamat datang kepada bulan yang memberikan seribu satu kebaikan dan manfaat yang tidak ternilai. Hanya mereka yang dirahmati-Nya akan merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadahan ini. Kisah-kisah di bulan Ramadhan tidak dapat disangkal telha menjadikan kita umat Islam sebagai umat yang dirahmati dan diredhai-Nya.

Ada 4 golongan manusia yang ditolak ibadah puasanya sepanjang bulan ramadhan iaitu:

-Golongan yang suka minum arak.
-Golongan yang derhaka kepada ibu bapa.
-Golongan yang memutuskan silaturrahim.
-Golongan yang sudah melebih dari 3 hari tidak bertegur sapa(dengan org yang dikenali) diantara satu sama lain disebabkan perselisihan faham.

Nauzubillah.. Semoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan ini. Amin.

sekian.

muchlove,
Syaina.

Notabulan: Jaga iman, jaga hati, jaga diri :-)

Wednesday, 3 June 2015

Welcome June



Half a year gone,
Welcome June! :D

Okay. there we go. um tetiap bulan memang ak ak mulakan dengan entry pembukaan bulan ni. nak menyambut katanya. ntah tetiba rasa mcm wajib pulak buat entry tiap2 masuk bulan baru. hewhew. boleh tengok entry lepas2 kalau tak caye setiap bulan ak update. sanggup kauuu. eceh

Permulaan bulan june memang ak suka. muehehe. sebab apa? absolutely sebab cuti sekolah. bukan seminggu tp dua minggu. haaaa heaven bukan. yg tak heaven bila kau lifeless mereput kat rumah tak tau nak buat apa. ha time tu baru la merengek nak rindu sekolah pe semua. Dah tu nak pi sekolah bkn sbb nk belajar sgt tp sbb nak jumpa kawan. ha! mengaku! Ak tau sbb.... ak pun sama. kahkah hashtag typical student.

Oh ye, bulan ni birthday my beloved mum. yup, nak kena buat reminder kat phone sesiap ni. Bulan ni jugak rasanya ak kena tingkatkan usaha untuk final exam. mmg tengok mcm lmbat lagi kan. tp trust me masa tu berlalu sekejap je. tak boleh study last minute lg. nnti jadi mcm mid-year exam teruk nooo result. Last but not least, bulan ni ak nak try kuruih kan badan. acewah padahal bulan2 lain pun boleh jugak. hoho.

That's all.
Half a year gone,
Welcome June! :D

sekian.

muchlove,
Syaina.

Tuesday, 2 June 2015

First Time Hiking (Bukit Broga)



Assalamualaikum. *phewphew* tiup habuk. mak aih janggal pulak rasa tetiba okeh haha. busy bebenor katanya smpai tak sempat nak update blog. tak la, actually ak tengah cari cerita yg best nak dikongsi. kang ak menghoyan pasal life ak kang tak pasal2 kena balik telur busuk. ok "lurus ke mata" a.k.a straight to the point.

Nak dijadikan cerita kwn ak ajak gi bukit broga sbb makcik dia yg uruskan program tu. Ak pun setuju lah. Ak dah lama nak gi cuma takde rezeki. Dh lah jrg gi holiday. pity me. So untuk merasmikan cuti sekolah pertengahan tahun ni ak mulakan dengan menjoinkan diri buat aktiviti lasak gi daki bukit broga. Bermanfaat apa kan? dari mereput kat rumah tak buat apa. Kahkah.

Pukul 4.30 pgi I guess kitorang start mendaki. masa nak gi ak rasa takut sikit sebab gelap bebenor. nasib baik ada headlamp. kitorang kena jalan ikut group. atfirst, ak boleh ikut line diorang. lama2 eh ak tertinggal kat belakang. tercunggap2 penat wei. macam tak cukup nafas. nasib baik ada akak fc tolong. klau tidak mmg bye2 ah ak sorang kat belakang. then, ak rest kat tepi sekejap. then teruskan mendaki. Actually sebelum ak decide nak pegi, ak ingat bukit ni ada mcm tangga kecik so cam senang je nak naik. hoho what do I'm thinking memula. Ghupenya cenggitu. Ada lah rasa menyesal sikit tapi perjuangan harus diteruskan. Ewah.

Ak berhenti dlm 3 kali kat tepi. lepastu sampai kat atas. bila ak pandang tepi baru perasan permandangan cantik sgt. subhanallah. kat atas tu ada space utk kitorang solat subuh. jadi kitorang solat subuh kat situ. Ak ingat dah sampai tau lepas solat boleh rilex kat situ je. huh ghupenya ada lagi. kena sambung naik sampai puncak. Berapa minit lepastu sampai dah puncak. Finally, huuuu rasa nak nyanyi lagu we're the champion! we're the champion!~ pastu nak cucuk bendera malaysia. acewah bukit je pun syaino bukan gunung. Haha first time lah katakan. Ak solute dengan org yg daki gunung. *tabik spring*

Dalam pukul 7.00 pagi dpt tengok sunrise. wuuuu so nice. first time dpt tengok dari puncak. berbaloi lah bangun awal pagi. rasa release tension sekejap tgk sunrise. Ak sempat lah ambik gambar sikit. sejuk je angin kat atas tu. kalau boleh ak taknak turun. tp tulah 'dah pandai naik, pepandai lah engko turun ye' tak boleh lelama sgt kat atas sbb ramai org. so kitorang turun dengan berhati-hati. sepanjang turun bukit tu ak jatuh 3 kali. jatuh mcm nangka busuk bak hang. kahkah. eee jatuh itu normal lah hang gelak pasaipa. malu ai tau dok.



Alhamdullillah dah smpai kat bawh dalam 10.30 pagi. lama jugaklah sebab asyik berselpi kat atas. bukan selalu kan nk dtg. Anyway mendaki bukit ni quite mencabar tapi seronok. rasa sangat berbaloi bila dah sampai kat atas. Trust me! ;)



sekian.

muchlove,
Syaina.